Thursday, November 11, 2010

Sejarah Perkembangan Bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Terdapat 2 peringkat perkembangan bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu:-

a) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sebelum Revolusi Perindustrian
b) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selepas Era Revolusi Perindustrian

Sejarah Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Sebelum kita memulakan tentang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mari kita menyelami sejarah perkembangan bidang pengurusan dan kesihatan terlebih dahulu.Ianya amat penting untuk diketahui agar anda lebih memahami tenbtang bagaimana bidang ini wujud dan menjadi begitu penting di dalam dunia pekeejaan harai ini.

Sejarah perkembangan boleh di bahagikan kepada 2 iaitu :-

a) Evolusi Pergerakan Keselamatan dan Kesihatan Secara Keseluruhan
b) Pergerakan Keselamatan Dan Kesihatan Malaysia

Sunday, November 7, 2010

Tahap Kemahiran dan Kebolehan Pengurus

Tahap kemahiran dan kebolehan pengurus terbahagi kepada 3 iaitu
a) Kemahiran Konsepsi
b) Kemahiran antara perorangan
c) Kemahiran Teknikal


Kemahiran konsepsi
Kemahiran konsepsi adalah merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus untuk menganalisis dan mendiagnosis situasi yang lebih kompleks. Ianya membantu pengurus dalam melihat kepentingan bagaimana semua kepentingan dan aktiviti di dalam sesuatu organisasi disatukan agar pengurus tersebut u dapat "melihat" atau memperolehi gambaran yang menyeluruh. kemahiran ini akan membantu pengurus membuat sesuatu keputusan yang lebih bernas.

Kemahiran antara perorangan
Kemahiran antara perorangan pula adalah merujuk kepada kebolehan bekerja, memahami, memimpin dan mendorong orang bawahan secara individu dan kumpulan. Oleh kerana pengurus bekerja dengan orang lain, maka seharusnya mempunyai kemahiran antara perorangan untuk berkomunikasi. Kemahiran ini amat penting untuk membolehkan seseorang pengurus mendorong dan mendapat komitmen daripada para pekerja.

Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus dalam menggunakan pengetahuan dan kepakaran yang khusus. Kepentingannya adalah berbeza pada tahap pengurusan yang berlainan. Bagi pengurusan atasan, kemahiran pengurus adalah tertumpu kepada aspek aspek industri dan pemahaman kepada proses kerja yang menyeluruh. Bagi pengurus pertengahan dan barisan bawahan pula, pengetahuan yang lebih terperinci tentang kerja diperlukan, seperti kewangan sumber manusia, pengeluaran dan lain lain.

Peranan Pengurus

Apa itu peranan seorang pengurus?

Sebagai seorang pengurus anda memainkan pelbagai peranan. Anda boleh jugak menganggap diri anda sebagai seorang pengurus kerana anda juga bertindak sebagai memegang beberapa peranan. Peranan yang di mainkan oleh anda contohnya sebagai soarang anak kepada ibubapa nya, anda juga ayah atau ibu kepada anak anak and dan suami kepada isteri atau isteri kepada suami anda.
Henry Mintzberg, pada 1973 telah membuat penyelidikan dan kesimpulan bahawa peranan pengurus boleh di bahagikan kepada 10 peranan yang boleh diklasifikasikan kepada 3 kumpulan:
a) Peranan antara perorangan
b) pernanan maklumat
c) peranan membuat keputusan

Rajah dia atas menunjukkan peranan antara perorangan pengurus


Rajah di atas menunjukkan Peranan Maklumat Pengurus


Rajah di atas menunjukkan Peranan Membuat keputusan pengurus






Saturday, November 6, 2010

Proses Pengurusan



Proses pengurusan terdiri daripada :-

a) Merancang
b) Mengorganisasi
c) Memimpin
d) Mengawal


Merancang
Merancang bermaksud para pengurus memikirkan terlebih dahulu matlamat dan tindakan mereka.Merancang merangkumi aktiviti mendifinisi matlamat organisasi, dengan menjawab beberapa soalan seperti apakah aktiviti utama organisasi kita dan apakah tujuan kita,dan menggubal strategi yang menyeluruh untuk mencapai objektif - objektif organisasi dengan membentuk pelan yang menyeluruh dan bukannya secara firasat

Mengorganisasi
Mengorganisasi bererti para pengurus menyelaraskan sumber - sumber tenaga manusia dan bahan atau sumber-sumber organisasi bagi mencapai sesuatu matlamat. Mengorganisasi meliputi aktiviti yang menentukan tugas tugas yang harus dilakukan. Siapa yang melakukannya, bagaimana tugas tersebut dilakukan, siapa yang melapor kepada siapa dan dimanakah keputusan tersebut di buat

Memimpin
Memimpin bermakna para pengurus mengarah dan mempengaruhi para sabordinat bertindak supaya mereka melakukan tugas tugas yang diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat . Dengan mewujudkan sesuatu suasana kerja yang sesuai, para pengurus mendorong sabordinat supaya menghulurkan komitmen secara optimum.

Mengawal
Mengawal pula ditakrifkan sebagai aktiviti para pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

mengawal adalah proses mengawas-membanding-membetul.Sekiranya terdapat sebarang pelencongan arah tujuan, tugas seorang pengurus adalah mencari puncanya dan membetulkan arah haluan berkenaan.

Seterusnya kita akan membincangkan konsep konsep pengurusan berpandukan kepada keempat empat fungsi yang telah di seutkan di atas.


Apakah Pengurusan

Setelah memahami konsep organisasi dan siapa yangtergolong di dalamnya,bolehlah kita menghayati apa itu pengurusan. Pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk mencapai sesuatu secara cekap dan berkesan. kata kekunci dalam takrifan ini adalah proses, cekap( efisien) dan berkesan( efektif)

Kecekapan bermaksud melakukan sesuatu kerja dengan betul keberkesanan pula bermaksud melakukan tugas yang betul atau tugas yang sepatutnya dilakukan. Walaupun kecekapan dan keberkesanan merupakan dua konsep yang berbeza tetapi perkaitannya amat rapat dalam aspek pengurusan. Contohnya firma ABCDE boleh mengeluarkan pencetak yang paling canggih untuk pencetaknya tanpa mengira kos input. Ini bermakna ia amat efektif tetapi sungguh tidak efisien. Walaupun ia telah mencapai matlamatnya, ia dicapai pada kos yang amat tinggi.

kesimpulannya:- " Pengurusan yang baik memberi penekanan kepada pencapaian matlamat dan mencapainya secekap yang mungkin".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...