Thursday, December 2, 2010

Disiplin Lain dibandingkan Dengan Disiplin Pengurusan

Terdapat 6 bidang yang boleh kita membuat perbandingan. Mari kita lihat perbandingan pengurusan dengan ke-enam enam disiplin lain dengan disiplin pengurusan

1) Antropologi – Adalah pengajian tentang kemasyarakatan. Kita mempelajari ttg aktiviti
kemanusiaan. Para Ahli antrologi mengkaji ttg budaya & persekitaran manusia
/masyarakat , dimana ianya dapat membantu kita memahami ttg sikap, nilai,
tingkahlaku diantara satu sama lain dari pelbagai jenis aspek termasuk bangsa,
negara dan organisasi.

2) Ekonomi - Seperti yg kita sedia maklum, ekonomi merupakan peruntukan & pengagihan
sumber. Ia menerangkan ttg perubahan perubahan ekonomi sekeliling termasuk
peranan yg dimainkan oleh organisasi dalam berhadapan dengan duni global.

3) Falsafah - Falsafah pula mengkaji ttg nilai dan etika. Ianya berkaitan ttg etika mengawal
sikap atau tingkahlaku manusia dan memastikan bahawa gelagat/tingkah laku
itu mestilah betul dan dipatuhi. Tanpa kita sedari etika sebenarnya membentuk
organisasi kita pada masa kini.

4) Sains Politik - mengkaji gelagat individu dalam bentuk kumpulan di dlm lingkungan. Ianya
termasuk kajian ttg konflik, kuasa, manipulasi & kepentingan manusia secara
individu

5) Psikologi - Kajian mengukur & menerang & kekadang mengubah gelagat manusia.
psikologi sebenarnya cuba memahami gelagat seseorang

6) Sosiologi - mengkajian pertalian atau perhubungan diantara satu individu dgn individu
yg lain. Ianya termasuklah perubahan masyarakat terkesan daripada faktor
globalisasi, pempelbagaian budaya, perubahan terhadapa peranan jantina dan
banyak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...