Thursday, July 5, 2012

Tuma'ninah untuk tenangkan Jiwa

Saya masih tertarik dengan kajian sains Solat oleh Dr. Fatimah Ibrahim.
 
Syabas kepada beliau kerana merungkainya dengan begitu terperinci . Sewaktu beliau di panggil di dalam satu rancangan bual bicara di TV9. Si pengacara ada bertanyakan tentang " Waktu bilakah di dalam solat yang membolehkan seseorang itu menjadi tenang?

Sungguh menakjubkan bila jawapan yang diberikan adalah sewaktu kita ber Tuma'ninah! 
Walaupun waktu tuma'ninah itu hanya seketika sahaja di dalam solat kita, kesan tuma'ninah itu terhadap mental dan jiwa kita begitu baik sekali kerana dengan ber tuma'ninah kita dapat merawat jiwa kita yang sakit dan fikiran kita yang berkecamuk.

Kajian sedang dilakukan. Alat di kepala itulah digunakan utk mengukur
Mari kita sama sama kita renungkan rukun yang wajib kita bertuma'ninah.

************************************************************************************

Tuma'ninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tuma'ninah.

Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah

1. Rukuk: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Barangkali sempat membaca 'subhanAllah'.

2. Iktidal (bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. 

3. Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tapak tangan, dua lutut, dua kaki, satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang pergerakan seketika.

4. Duduk antara dua sujud: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kadar.

Tempat yang sering diabaikan tamakninah

1. Iktidal. Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus, dia telah turun untuk sujud. (tambahan: *juga kepada jemaah lelaki yang suka menggoyangkan tangan sesudah takbir bangun dari rukuk dan mengangkat sedikit seluar sebelum sujud juga perlu peka kepada tamakninah). Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud. Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada sujud. Waktu bangun dari sujud, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

*************************************************************************************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...