Wednesday, February 6, 2013

Lima fakta mengenai rambut beruban

28 Sep – Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau

 
hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.


2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.



SUMBER
 

Sunday, February 3, 2013

Amalan pemakanan sihat

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang
 
penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang.

Jangan makan atau minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Amalkan berpuasa (Isnin dan Khamis) bagi menjaga sistem pencernaan anda. Kurangkan memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Selain daripada itu, kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan juga mengambil minuman manis, yang mengandungi kafein dan gas. 

Amalkan meminum jus buah atau memakan buah-buahan pada waktu pagi. Biasakan diri anda dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

Selain daripada membuat perancangan, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat.

Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai digunakan contohnya memasak dengan kaedah membakar, mengukus dan mereneh.

Walaupun makanan itu berkhasiat dan cara penyediaannya juga tertib, tetapi yang paling penting adalah kawalan dan cara pengambilan makanan itu. Jangan terlebih dan jangan terkurang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

SUMBER

Friday, February 1, 2013

Tips-tips mengawal masalah kolestrol tinggi

Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.

Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

  
Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti. 

Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik .

Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...