Friday, February 1, 2013

Tips-tips mengawal masalah kolestrol tinggi

Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.

Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

  
Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti. 

Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik .

Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...