25 Mac – Bagi anda yang sentiasa mengalami masalah tekanan dan sentiasa resah, apa kata anda cuba rawatan akupunktur sekali-sekala?
Berdasarkan kajian terkini, teknik rawatan yang berasal dari China ini terbukti mampu melegakan perasaan tertekan setelah satu kajian dijalankan ke atas beberapa ekor tikus makmal yang mana keputusan tersebut diterbitkan di Journal of Endocrinology.

Dr. Laden Eshkavari, seorang Profesor Madya bagi jurusan kejururawatan
di Universiti Georgetown menyatakan bahawa ujian akupunktur elektronik
yang dijalankan oleh beliau bersama penyelidik lain ke atas tikus makmal
selama 10 hari mendapati bahawa bahagian di bawah lutut, atau dikenali
sebagai "Zusanli" yang dicucuk dengan jarum berupaya mengurangkan
tekanan perasaan serta masalah lain.
Hal ini adalah kerana rawatan sedemikian berupaya menghalang peningkatan hormon paksi adrenal pituitari hipotalamus (HPA) yang kronik dan didorong oleh tekanan perasaan. Di samping itu, akupunktur juga mengurangkan neuropeptida Y, iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan masalah tersebut.
Kajian ini ternyata penting sebagai mencari langkah mencegah terbaik memandangkan masalah tekanan perasaan sering membawa kepada penyakit seperti sakit jantung dan pengecutan otak.

No comments:
Post a Comment