Thursday, June 27, 2013

Lima Produk Kecantikan yang Di haram kan di Pasaran


1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
2) SS Vita C Night Repair
3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
5) Chantique – Whitening Night Cream

Kepada sesiapa yang memakai produk seperti yang tertera di atas
sila lah menghentikan penggunaannya dengan segera ekoran Kementerian Kesihatan telah 
pun mengharamkannya kerana di percayai mengandungi merkuri dan karbon.


 Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk.

Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna.

Diingatkan  kepada para peniaga yang masih degil dan menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama .

Tuesday, June 11, 2013

Berbaloikah Memiliki Samsung Galaxy S4?


Mod Dual Shot yang memungkinkan rakaman kamera belakang dan depan sekaligus.


Setelah menempa nama dengan model-model meletup sebelum ini, Samsung sudahpun mengeluarkan Samsung Galaxy S4 kepada pengguna tempatan dengan harga pasaran sebanyak RM2,199.
Sebelum kita ke kedai atau menempah telefon ini menerusi syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi atau U Mobile, cuba tanya diri sendiri, adakah berbaloi untuk membeli telefon baru Samsung ini? Blog ini akan cuba menjawab persoalan anda di akhir artikel selepas beberapa penerangan mengenai spesifikasinya.
Ini adalah siri telefon pintar yang terbaru dari Samsung yang diikuti dari Note ke Note 2 dan Galaxy S3. Ciri-ciri yang terdapat padanya dilengkapi dari keluarga Galaxy dengan tambahan ciri dan teknologi yang terbaru.
Aplikasi S Translator yang sangat berguna.

Kita mulakan dengan apa yang tidak berubah, iaitu rekabentuk, saiz tidak banyak beza dengan Galaxy S3. Sedikit nipis yang menampakkan kesesuaian dengan skrin 5 inci. Bahagian sisi pula diratakan berbanding Galaxy S3 menjadikan lebih selesa dalam genggaman. Ok, tapi masih ada kekurangannya, rekaan GS4 masih dirasakan seolah-olah bukanlah telefon pintar yang premium. Ianya masih direka dengan plastik, OK, plastik yang premium tetapi tahan lasak. Jadi bila tangan anda mudah berpeluh, mungkin kurang selesa. Ya, rekabentuk ergonomik mungkin menjadi pilihan Samsung. Ciri rekabentuk lain jelas menunjukkan, ianya hanya kurang premium jika dibandingkan dengan iPhone dan HTC One. Samsung percaya pengguna akan terlepas pandang kekurangan tersebut. Apalah agaknya rekabentuk Galaxy S5 nanti kan?
Jika bercakap tentang skrin, Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu skrin yang terdapat pada GS4 tersangatlah menarik. Ia dilengkapi Super Amoled HD yang mana sangat terang, kurang tepu warna, (ok, tak faham? Saturation!) yang menjadikan skrin ini mantap.
S4 memang mudah dipegang.
Kamera pula merupakan satu langkah yang besar bagi Samsung. Ia adalah kamera yang terbaik dalam keluarga Android, setakat ini. Fokus yang cepat, pemproses imej yang mantap dan tajam. Kamera GS4 terlalu banyak ciri yang dimuatkan. Macam-macam anda boleh buat. Anda boleh ambil gambar dan muatkan audio didalam photo tersebut. Anda boleh padam photo 'bomber' dengan menggunakan mode Eraser. Anda boleh merakam foto panorama dan membuat animasi foto terus dari mod yang sedia ada. Dan kepada jurugambar yang sering tiada didalam gambar, anda boleh menggunakan kedua-dua kamera sekaligus untuk merakamkan semua subjek, termasuk anda! Walaupun tidak sebagus kamera yang sebenar, tetapi GS4 sudah menghampirinya. Dan ciri tambahan yang banyak hingga tidak masuk akal.
Baca juga: Samsung Telah Menjual 10 Juta unit S4
Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekaligus. Kamera depan dan kamera belakang beroperasi pada satu masa dengan beberapa pilihan template bagi kotak depan dan 'background'. Contohnya, kamera depan merakam gambar anda dan kamera belakang merakam gambar persekitaran. Empat langkah mudah menggunakan ciri ini ialah aktifkan fungsi, sentuh dan leretkan untuk menggerakkan kotak kamera depan, pilih template dan terus rakam.
Reka bentuk nipis S4.
Tambahan satu lain ialah rakam foto dan bunyi pada masa sama. Contoh mudah, pilih mod kamera, pilih fungsi 'Sound&Shot' dan rakam foto pegun serta suara. Tujuannya, kalaulah anda mahu hantar foto kepada orang tersayang, boleh hantar juga pesanan suara anda dalam foto tersebut.
Cipta Group (kumpulan rakan atau keluarga) seakan Whatsapp atau BBM tetapi anda boleh memasang muzik, berkongsi video atau foto, dokumen atau bermain game. Katakan seorang rakan dalam Group anda menghantar muzik, kesemua rakan lain boleh mendengarnya serentak. Terhad kepada lapan orang dan berada dalam lingkungan wifi terdekat saja. Anda boleh menetapkan kata laluan pada masa sama jika tidak mahu Group lain mendengar/lihat/kongsi apa yang anda lakukan dalam Group anda. Tetapi, muzik yang anda dengar tidak boleh disalin berikutan masalah cetak rompak yang berlaku.
Baca juga: Jom Uji – HTC One, Gila Terbaik: Android Paling Best, Inikalilah Tukar!
Aplikasi S Translator, berbeza daripada Google Translate. Jauh berbeza, kalau anda berada di luar negara, asalkan mempunyai data, anda boleh boleh alih bahasa dengan meminta orang yang sedang bercakap dengan anda untuk 'bercakap' dengan telefon dan ia akan menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa yang ada fahami. Dalam kes ini, bahasa Inggeris yang paling hampir. Contoh, anda ke China dan ingin memesan roti, hanya taip dalam bahasa Inggeris dan ia akan menterjemahkan dalam perkataan kemudian menyebutnya dan apabila pekedai membalasnya, suaranya akan diterjemahkan semula ke dalam perkataan.
Antaramuka depan yang biasa.
Manakala Air View seakan sama dengan apa yang ada dalam Note 2, anda tidak perlukan S Pen untuk menyentuh skrin secara langsung, dengan S4, hanya gunakan jari saja. Sensornya berada di sudut atas telefon. Boleh berfungsi untuk S Calendar atau Gallery atau menjawab panggilan. Misalnya, anda sedang makan nasi dan tidak mahu mengotorkan skrin, gunakan Air View untuk leretkan di berhampiran skrin untuk menjawab panggilan. Ia antara contoh kepada rakyat Malaysia yang menggunakan tangan untuk makan ya!
Antara ciri yang saya muatkan dalam segmen Jom Uji kali ini mungkin berbeza dari reviu lain dan apa yang boleh disimpulkan adalah seperti di bawah adalah saranan jika anda ingin membeli telefon Samsung Galaxy S4:

Pengguna yang pertama membeli telefon pintar: S4 sangat berguna!
Pengguna yang ingin menukar telefon secara suka-suka: Anda tidak perlukan S4!
Pengguna yang pentingkan kamera: S4 memang secocok dengan anda!
Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!
Pengguna yang mahukan telefon yang tidak besar dan tidak kecil: S4 memang padan dengan anda!
Anda berada dalam kategori mana?

SUMBER 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...