Mod Dual Shot yang memungkinkan rakaman kamera belakang dan depan sekaligus.
Setelah
menempa nama dengan model-model meletup sebelum ini, Samsung sudahpun
mengeluarkan Samsung Galaxy S4 kepada pengguna tempatan dengan harga
pasaran sebanyak RM2,199.
Sebelum kita ke kedai atau menempah telefon ini
menerusi syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi atau U
Mobile, cuba tanya diri sendiri, adakah berbaloi untuk membeli telefon
baru Samsung ini? Blog ini akan cuba menjawab persoalan anda di akhir
artikel selepas beberapa penerangan mengenai spesifikasinya.
Ini adalah siri telefon pintar yang terbaru dari Samsung yang diikuti
dari Note ke Note 2 dan Galaxy S3. Ciri-ciri yang terdapat padanya
dilengkapi dari keluarga Galaxy dengan tambahan ciri dan teknologi yang
terbaru.
Aplikasi S Translator yang sangat berguna.
Kita mulakan dengan apa yang tidak berubah, iaitu rekabentuk, saiz tidak banyak beza dengan Galaxy S3. Sedikit nipis yang menampakkan kesesuaian dengan skrin 5 inci. Bahagian sisi pula diratakan berbanding Galaxy S3 menjadikan lebih selesa dalam genggaman. Ok, tapi masih ada kekurangannya, rekaan GS4 masih dirasakan seolah-olah bukanlah telefon pintar yang premium. Ianya masih direka dengan plastik, OK, plastik yang premium tetapi tahan lasak. Jadi bila tangan anda mudah berpeluh, mungkin kurang selesa. Ya, rekabentuk ergonomik mungkin menjadi pilihan Samsung. Ciri rekabentuk lain jelas menunjukkan, ianya hanya kurang premium jika dibandingkan dengan iPhone dan HTC One. Samsung percaya pengguna akan terlepas pandang kekurangan tersebut. Apalah agaknya rekabentuk Galaxy S5 nanti kan?
Jika bercakap tentang skrin, Samsung memang pandai
menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu skrin yang terdapat pada GS4
tersangatlah menarik. Ia dilengkapi Super Amoled HD yang mana sangat
terang, kurang tepu warna, (ok, tak faham? Saturation!) yang menjadikan
skrin ini mantap.
Kamera
pula merupakan satu langkah yang besar bagi Samsung. Ia adalah kamera
yang terbaik dalam keluarga Android, setakat ini. Fokus yang cepat,
pemproses imej yang mantap dan tajam. Kamera GS4 terlalu banyak ciri
yang dimuatkan. Macam-macam anda boleh buat. Anda boleh ambil gambar dan
muatkan audio didalam photo tersebut. Anda boleh padam photo 'bomber'
dengan menggunakan mode Eraser. Anda boleh merakam foto panorama dan
membuat animasi foto terus dari mod yang sedia ada. Dan kepada
jurugambar yang sering tiada didalam gambar, anda boleh menggunakan
kedua-dua kamera sekaligus untuk merakamkan semua subjek, termasuk anda!
Walaupun tidak sebagus kamera yang sebenar, tetapi GS4 sudah
menghampirinya. Dan ciri tambahan yang banyak hingga tidak masuk akal.Baca juga: Samsung Telah Menjual 10 Juta unit S4
Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera
sekaligus. Kamera depan dan kamera belakang beroperasi pada satu masa
dengan beberapa pilihan template bagi kotak depan dan 'background'.
Contohnya, kamera depan merakam gambar anda dan kamera belakang merakam
gambar persekitaran. Empat langkah mudah menggunakan ciri ini ialah
aktifkan fungsi, sentuh dan leretkan untuk menggerakkan kotak kamera
depan, pilih template dan terus rakam.
Tambahan
satu lain ialah rakam foto dan bunyi pada masa sama. Contoh mudah,
pilih mod kamera, pilih fungsi 'Sound&Shot' dan rakam foto pegun
serta suara. Tujuannya, kalaulah anda mahu hantar foto kepada orang
tersayang, boleh hantar juga pesanan suara anda dalam foto tersebut.Cipta Group (kumpulan rakan atau keluarga) seakan Whatsapp atau BBM tetapi anda boleh memasang muzik, berkongsi video atau foto, dokumen atau bermain game. Katakan seorang rakan dalam Group anda menghantar muzik, kesemua rakan lain boleh mendengarnya serentak. Terhad kepada lapan orang dan berada dalam lingkungan wifi terdekat saja. Anda boleh menetapkan kata laluan pada masa sama jika tidak mahu Group lain mendengar/lihat/kongsi apa yang anda lakukan dalam Group anda. Tetapi, muzik yang anda dengar tidak boleh disalin berikutan masalah cetak rompak yang berlaku.
Baca juga: Jom Uji – HTC One, Gila Terbaik: Android Paling Best, Inikalilah Tukar!
Aplikasi S Translator, berbeza daripada Google
Translate. Jauh berbeza, kalau anda berada di luar negara, asalkan
mempunyai data, anda boleh boleh alih bahasa dengan meminta orang yang
sedang bercakap dengan anda untuk 'bercakap' dengan telefon dan ia akan
menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa yang ada fahami. Dalam kes
ini, bahasa Inggeris yang paling hampir. Contoh, anda ke China dan ingin
memesan roti, hanya taip dalam bahasa Inggeris dan ia akan
menterjemahkan dalam perkataan kemudian menyebutnya dan apabila pekedai
membalasnya, suaranya akan diterjemahkan semula ke dalam perkataan.
Manakala
Air View seakan sama dengan apa yang ada dalam Note 2, anda tidak
perlukan S Pen untuk menyentuh skrin secara langsung, dengan S4, hanya
gunakan jari saja. Sensornya berada di sudut atas telefon. Boleh
berfungsi untuk S Calendar atau Gallery atau menjawab panggilan.
Misalnya, anda sedang makan nasi dan tidak mahu mengotorkan skrin,
gunakan Air View untuk leretkan di berhampiran skrin untuk menjawab
panggilan. Ia antara contoh kepada rakyat Malaysia yang menggunakan
tangan untuk makan ya!Antara ciri yang saya muatkan dalam segmen Jom Uji kali ini mungkin berbeza dari reviu lain dan apa yang boleh disimpulkan adalah seperti di bawah adalah saranan jika anda ingin membeli telefon Samsung Galaxy S4:
Pengguna yang pertama membeli telefon pintar: S4 sangat berguna!
Pengguna yang ingin menukar telefon secara suka-suka: Anda tidak perlukan S4!
Pengguna yang pentingkan kamera: S4 memang secocok dengan anda!
Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!
Pengguna yang mahukan telefon yang tidak besar dan tidak kecil: S4 memang padan dengan anda!
Anda berada dalam kategori mana?
SUMBER
No comments:
Post a Comment