GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang
berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar
yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu
kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau
program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang
berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan
contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar
bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada
penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption
tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau
menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna
anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat.
Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi
apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan
rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan
tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang
berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila
GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan
secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar
cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna
(disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun
kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai
pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara
tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan
berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai kerisauan dikalangan kita
bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat
dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga
barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan
kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai
disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit
manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti
barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita
perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum
menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan
kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar
kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip
untung berlebihan:
No comments:
Post a Comment