Thursday, June 28, 2012

Gastrik dan Petua merawatnya

Gastrik merupakan istilah tidak rasmi yang digunakan masyarakat kita untuk merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut (epigastric), berdekatan dengan “pintu bukaan” atau injap sempadan (Lower Esophageal Sphincter atau LES) yang menghubungkan perut dengan esofagus (salur untuk udara dan makanan). 

Definisi Gastrik yang sebenarnya mengikut istilah perubatan adalah bermaksud “perut”. Ini bermaksud, istilah sebenar yang merujuk kepada sakit di bahagian pangkal perut adalah mungkin sama ada “gastrik ulcer” yakni “luka dalam perut” (ulcer bermaksud luka), ATAU “gastritis” yakni “inflamasi/kemerah-merahan pada dinding perut”. Ini sekaligus merujuk kepada beberapa variasi penyakit yang berlaku di sekitar kawasan yang sama (pangkal perut) tetapi berbeza mekanisma seperti GERD (Gastroesophageal reflux disease, acid reflux).

Punca Gatrik 
Gastrik berpunca dari ketidakseimbangan asid perut yang naik ke atas bahagian perut sehingga menyebabkan berlakunya inflamasi pada lapisan mukosa bahagian berkaitan. Dalam keadaan normal di mana rembesan asid perut adalah seimbang, seseorang tidak menghadapi masalah ini.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu di mana rembesan asid perut berlebihan (hyperacidity) mengatasi kekuatan lapisan mukosa, akan berlakunya iritasi/keradangan dan mengakibatkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika keradangan melampau atau lapisan mukosa yang tercedera itu terdedah dengan asid perut yang berlebihan untuk tempoh yang lama (sebagai contoh sakit itu datang dan pergi dengan kerap dalam tempoh seminggu), ini boleh menyebabkan berlakunya luka (gastric ulcer).


Merawat Gastrik
Selain mengamalkan makan ubat ubatan yang di bekalkan oleh para doktor. Anda boleh juga mengamalkan petua di bawah ini:-

Petua Tradisional 

1)
  • Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • Makan daun Selasih.
  • Makan Madu dan Kurma setiap pagi setiap hari   
2)

Ambil Kunyit hidup  ( i inci) blend dengan madu  + dan cuuka .
Kemudian tapis dan minum airnya.
Amalkan di waktu pagi dan malam sebelum tidur
Lakukan selama 3 hari berturut turut.

* seperti yang kita sedia maklum, kunyit merupakan agen penyembuh luka. Oleh itu kunyit yang kita minum bertindak sebagai antiseptik dan sekaligus menyembuhkan luka perut ( gastrik).



Wednesday, June 27, 2012

Menyusui anak ketika hamil (Pandangan Islam )


                


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.
Sumber 

Note:- Pernah jugak bertanya kepada ustaz ustaz di kampung. Mengikut kata ustaz itu, susu ibu adalah rezeki kepada setiap anak. sekiranya Allah telah mentakdirkan yang si ibu mengandung semasa proses penyusuan anak berjalan. anggaplah bahawa susu itu adalah rezeki untuk kedua dua anaknya. Maka teruskanlah penyusuan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...