Wednesday, June 27, 2012

Menyusui anak ketika hamil (Pandangan Islam )


                


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)(HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.
Sumber 

Note:- Pernah jugak bertanya kepada ustaz ustaz di kampung. Mengikut kata ustaz itu, susu ibu adalah rezeki kepada setiap anak. sekiranya Allah telah mentakdirkan yang si ibu mengandung semasa proses penyusuan anak berjalan. anggaplah bahawa susu itu adalah rezeki untuk kedua dua anaknya. Maka teruskanlah penyusuan .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...