Kehamilan Palsu Bagi manusia (pseudocyesis)
Sejarah
Kes pseudocyesis telah direkod dejak zaman purba. Hippocrates memberikan rekod bertulispertama sekitar 300 B.C. apabila dia merekodkan 12 kes wanita dengan masaalah tersebut. Ratu England, Mary I (1516-1558), kemungkinannya contoh watak sejarah barat paling terkenal, yang beberapa kali percaya bahawa dia mengandung, sungguhpun sebenarnya tidak. Sesetengah menyandarkan keganasan yang memberikan gelarannya "Mary Berdarah" sebagai reaksi pada kekecewaan apabila menyedari dia tidak mengandung. Sejarahwan perubatan lain mempercayai bahawa doktor Ratu tersilap mengenal pasti ketumbuhan fibroid dalam uterusnya sebagai kehamilan. John Mason Good mencipta istilah pseudocyesis dari bahasa Greek pseudes (palsu) dan kyesis (hamil) pada 1923.Pada masa kini, pseudocyesis telah mendapat perhatian dalam kebudayaan popular. Ia telah ditonjolkan dalam siri television CSI: Crime Scene Investigation, Law and Order SVU, The Simpsons, Shameless, General Hospital: Night Shift, Glee, Grey's Anatomy, The Young and the Restless, dan Mental, dalam filem Who's Afraid of Virginia Woolf? dan Oldboy, dan pada album Kaleidoscope, dari kumpulan White Faced Lady.
Tanda dan gejala
Gejala pseudocyesis menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sering kali sukar dibezakan antara keduanya. Tanda-tanda semulajadi seperti amenorrhoea, mabuk pagi, puting sensitif, dan kenaikan berat badan mungkin hadir. Ramai pengamal perubatan profesional terkeliru oleh gejala yang dikaitkan dengan pseudocyesis. Penyelidik menunjukkan bahawa 18% wanita yang mengalami pseudocyesis pernah pada satu masa didiagnosis sebagai mengandung oleh pengamal perubatan profesional.Ciri-ciri yang melambangkan pseudocyesis yaitu yang berlaku pada semua kes adalah kesemua pesakit yang mengidapnya yakin bahawa dirinya mengandung. Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60–90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan, dengan itu wanita yang mengidapnya kelihatan mengandung. Gejala ini sering kali pulis di bawah bius umum dan perut wanita kembali susut kepada saiz normal.
Tanda fizikal kedua paling biasa bagi pseudocyesis adalah haid tidak menentu (50–90%). Wanita turut melaporkan mengalami perasaan pergerakan fetus yang dikenali sebagai menendang, sungguhpun tidak ada kehadiran fetus (50%–75%). Tanda dan gejala biasa yang lain termasuk sindrom berkaitan dengan perut ("gastrointestinal", perubahan payu dara atau rembesan, sakil bersalin, bengkak uterin, dan pangkal rahim menjadi lembut. Satu peratus wanita akhirnya mengalami sakit bersalin palsu.
Untuk di diagnosis sebagai pseudocyesis sebenar, wanita tersebut mesti yakin bahawa dirinya sebenarnya mengandung. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan, ia diistilah kehamilan tiruan (“simulated pregnancy”).
No comments:
Post a Comment