Friday, December 19, 2014

Keputusan Ujian Darah Kali Kedua


Belum sampai seminggu saya menerima panggilan dari pihak Hospital mengatakan Saya perlu berjumpa dengan doctor kerana doctor ingin memberi sedikit penerangan,

Saya dah semakin yakin bahawa memang betul dan benar tentang ujian darah yang pertama. Ya saya memang pembawa virus Hepatitis B.Ganggangan talipun tersasa sangat berat untuk saya genggam pada ketika itu walaupun keptusan belum lagi saya terima. Naluri di hati saya tetap mengiyakan keputusan ujian pertama. Ya, sayalah pesakit itu.

Petang itu jugak saya ingin bergegas ke Hospital, Namun saya semakin longlai untuk memandu. Saya call suami di office menyatakan tentang panggilan doctor untuk berjumpa. Saya suarakan juga yang saya tak berupaya untuk memandu.

Suami pujuk saya untuk memandu sampai ke pejabatnya terlebih dahulu. Saya gagahi juga memandu memandangkan dekat saja pejabat suami dengan rumah dalam 15 minit sahaja.
Sampai di pejabat suami, beliau melihat keadaan saya yang sugul, lalu beliau membuat keputusan untuk membawa saya ke Hospital dan memohon time off dari bosnya.

Sepanjang perjalanan saya langsung tidak berbual dengan suami, hanya berdiam diri, suami pun tidak bertanya apa apa.

Sesampai di Hospital kami masuk bersama sama untuk mengambil laporan doctor. Saya dah dapat menjangkakan keputusan itu, tapi suami tetap meminta saya untuk dengar dulu apa doctor cakap. bersabar jgn terlalu memikirkan.


Perjumpaan dengan Doktor

Doktor meminta izin untuk bertanyakan soalan yang mungkin akan menyinggung perasaan kami suami isteri. Doktor juga memohon agar soalan yang bakal di Tanya nanti adakah ingin ditanya berasingan atau kami boleh mendengar pengakuan masing masing..

Memandangkan tiada rahsia diantara kami, saya minta agar soalan ditanya tanpa selindung.

Soalan doctor,
Adakah ini suami pertama Puan? Ya
begitu juga kepada suami adakah saya isteri pertamanya.
Tiada isteri lain selain puan? Ya jawab suami

Adakah puan dan tuan ada berhubungan secara intim dengan mana mana perempuan atau lelaki selain pasangan?
kami sama sama menjawab tidak.

Doktor memberitahu bahawa secara lazimnya penyakit ini berjangkit melalui hubungan seks.

Saya mulai curiga dengan jawapan yang diberikan oleh doctor tersebut. Ini kerana mengikut laporan ujian darah pertama saya adalah pembawa virus dan bukannya pesakit. Bagaimana pula doctor boleh cakap yang penyakit ni berjangkit melalui hubungan seks? saya menjadi semakin binggung.

Puan, mengikut hasil ujian darah kami, puan bukan pembawa Hepatitis B, Puan adalah pesakit hepatitis B. Ah kenapa ujian darah menjadi begitu keliru.

Jika sebelum ini saya akur yang saya adalah pembawa hepatitis b yang bermaksud ianya adalah factor keturunan, tetapi sekarang kenapa hasil ujian menjaddi sedemikian rupa.

Langkah seterusnya untuk mendapatkan kepastian, doctor meminta agar darah suami juga di ambil untuk memastikan adakah suami saya dijangkiti atau pembawa kepada virus ini.


Sepanjang perjalanan pulang, kotak fikiranku hanya memikirkan dari mana penyakit ini datang?
Jika suami adalah pembawa, sepatutya sewaktu ujian darah keika hamil dah boleh di "Trace".
Jika aku dijangkiti dari orang lain, tak mungkin juga..

Adakah saya pernah membantu membalut luka org ? pelbagai persoalan timbul. Saya menjadi semakin bingung.


Ya Allah keluarkanlah aku dari kebuntuan ini..

Maka bermulalah episode dari pembawa Hepatitis B kepada pesakit hepatitis B. Sekarang saya adalah pesakit Hepatitis B. ternyata aku tidak mewarisi penyakit ini dari ibu dan bapaku.


bersambung


link berkaitan
Apa itu Hepatitis B
Keluhan hati pesakit Hepatitis B
Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B
Ujian Darah Kali Kedua





Ujian Darah Kali Kedua

Temujanji Dengan Doktor

Memandangkan saya tidak menunjukkan tanda tnda saya mempunyai virus pembawa hepatitis B.
Maka suami mersakan perlunya saya menjalani Ujian Darah buat kali kedua di Hospital.
Saya akur dengan permintaan suami.

Saya pergi sendirian tanpa ditemani suami kerana beliau bekerja.
Sampai saja di bilik, Doktor bertanya kenapa saya ingin menjalani Ujian Darah. Darimana saya dapat tahu yang saya adalah pembawa Hepatitis B.

Kemudian saya juga menyuarakan rasa terkilan saya kerana secara logiknya saya adalah pembawa Virus Hepatitis B. dengan erti kata lain virus ini telah berada di dalam tubuh saya sejak saya dilahirkan. Tai, Kenapa sewaktu ujian darah semasa saya mengandung tidak dapat detect?

Saya telah mengandung sebanyak 4 kali dan dua kali gugur. adakah keempat empat kandungan itu tidak di buat Ujian Hepatitis B? Bagaimana dengan nasib anak anak saya. Apalah dosa mereka sehingga begitu berat ujian yang bakal mereka tanggung. iarlah saya seorang sahaja yang menghadapi ujian Allah ini.

Doktor tidak dapat menjawab soalan saya kerana  bahagian ibu mengandung dan bahagian ujian darah adalah berbeza. Sekali lagi jiwa saya diruntun rasa bersalah.


Ujian Fizikal

Doktor meminta untuk saya baring untuk tujuan pemeriksaan. Doktor periksa kelopak mata, ditekan tekan dada saya, di tepuk tepuk bahagian dada, di tekan tekan perut saya dan akhir sekali memiccit micit buku lali saya.

Kemudian doctor memberitahu bahawa tiada tanda tanda hepatitis B melalui pemeriksaan luarannya. Tapi keputusan darahlah yang dapat menentukan segala galanya.

Hati saya ingin melonjak gembira kerana doctor pun memberi jawapan yang tiada symptom. Adakah sangkaan saya terhadap ujian darah petama itu salah adalah tepat?

Kemudian saya ke bahagian untuk di ambil darah, Saya lihat doctor menulis di atas kad kuning tersebut, Hep.B, Hep C & HIV, No detect on 2 pregnancy.
Sewaktu daarah di ambil saya pastikan tag nama saya adalah betul. Saya begitu berhati hati kali ini


Hasil Ujian Darah Kali Kedua

Mengikut kata doctor keputusan akan keluar dalam 1-2 minggu. saya tetap bersabar menunggu keputusan tersebut.

Bersambung...

link berkaitan
Apa itu Hepatitis B
Keluhan hati pesakit Hepatitis B
Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B



Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B

Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B

Secara amnya saya adalah seorang yang periang peramah dan mudah didekati.
Keadaan fizikal saya langsung tidak menunjukkan yang selama ini saya dijangkititi Virus Hepatitis B

Apa perubahan yang berlaku?
Sebenarnya saya langsung tidak mengalami apa apa symptom seperti mana yang tertulis melalui carian di Internet.

Mata tidak menunjukkan perubahan warna
Kulit juga tidak berubah kekuningan
kaki pun tidak bengkak
tidak pernah langsung mengalami sesak nafas
perut puntidak membuncit.

Luaran saya sangat sangat sihat dan saya juga merasakan saya sihat.

Memandangkan saya rasa sihat dan dilihat sihat, jadi saya membuat keputusan untuk tidak terlalu memikirkan sangat tentang sakit saya ini. Namun jauh di sudut hati, saya tetap bersedih. Bila  bersendirian saya sering tertanya Tanya kenapakah saya dipilih  untuk menerima ujian ini.
Pernah saya terfikir berapa lama kah saya masih boleh melihat wajah anak anak, suami dan kaum keluarga.

Perlahan lahan saya beranikan diri untuk berkongsi masalah saya ini dengan kaum keluarga. Suami tahu saya sedang murung. Jiwa saya tidak tenang. Hari hari saya membelek perubahan tubuh saya. Kuningkah mata saya , bengkak kah kaki saya ini. Adakah Virus ini sedang pelahan lahan menguasai tubuh saya.

Melalui pembacaan aku mendapat tahu jika virus tu reactive, dalam masa enam bulan bulan sudah boleh menjadi kronik. Saya sangat bimbang. Dah berapa lamakah virus ini berada di dalam badan saya. Adakah enam bulan dari sekarang saya akan mengalami sakit hati yang kronik?

Saya cuba sibukkan diri untuk melakukan kerja rumah tanpa henti, namun saya tetap tidak mengalami masalah ketihan yang melampau. Saya mula curiga tentang ujian darah yag dilakukan ke atas saya. Adakah betul darah saya yang di uji? Adakah berlaku kesilaan sampel darah?

Saya menjadi semakin bingung.
Saya tidak pernah berputus harapan. Bagi kalangan keluarga yang mengetahui saya mengalami sakit ini terpacul juga soalan dari mulut saya " ak takut ke dijangkiti kalau kamu makan makanan yang di masak oleh saya, Tak takut ke kekalau saya terluka sewaktu menyiang ikan atau memotong sayuran?

Sikap keluarga yang tak pernah bias terhadap saya menjadikan saya semakin kuat.


Terdetik lagi di hati saya, Perlukah saya menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri? Bagaimanakah jika suami pulak berjangkit. Ya Allah rasa bersalah mula timbul, semakin hari semakin menebal.

Tapi suami tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Malah sebelum pergi kerja, beliau selalu berpesan jangan terlalu memikirkan tentang sakit tu. Kekadang sempat juga beliau wassup dan berkali kali memberitahu yang kita akan cuba iktiar sehabis mungkin untuk merawat sakit saya ini.


Kesempatan Yang ada

Akhirnya saya teringat kata kata ustaz melalui pembacaan di internet dan juga buku. Tak semua penyakit yang kita hadapi tu adalah penyakit yang sebenar, mungkin juga ada gangguan. Ah..adakah saya mengalami gangguan?

Jika sebelumnya saya hanya sembahyang, tapi kali ini saya cuba membaca al-quran selepas waktu solat. Moga moga penyakit saya ini dapat sembuh melalui bacaan ayat suci al-quran.
Saya cuba amalkan di samping berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit saya.Saya menjadi redha dan menerima ujian Allah ini dengan lapang dada.

Saya juga berdoa agar Allah memberi petunjuk agar saya menjumpai penawar untuk mengubati penyakit saya ini.


Saya semakin terbuka untuk berkongsi masalah ini bersama kawan kawan. Alhamdulillah kawan kawan juga tidak menunjukkan sebarang bias kepada saya. Malah tetap memberi sokongan padu.

bersambung..

link berkaitan.
Apa itu Hepatitis B
Keluhan hati pesakit Hepatitis B


Thursday, December 18, 2014

Keluhan hati pesakit Hepatitis B


Saya pasti ramai di luar san yang tak sedar bahawa dirinya di jangkiti virus hepatitis B.
Baiklah saya kongsikan di sini bagaimana saya mengetahui yang saya telah dijangkiti Virus Hepatitis B

Ujian Darah

Saya telah di arahkan oleh syarikat untuk membuat medical check up termasuklah membuat Ujian Darah. Hasil ujian darah menunjukkan bahawa  di dalam  darah saya mempunyai Virus Hepatitis B.
Hancur luluh hati saya pada ketika itu, Hanya Allah saja yang tahu.

Saya tahu bagi mereka yang mempunyai Hepatitis B mempunyai cara penerimaan yang berbeza.
Saya kongsikan di sini agar saya mnjadi lebih kuat dan bersemangat walaupun saya sedang membawa Virus ini di dalam badan saya.

Betulkah Cara Doktor ?

Mungkin pesakit di luar sana di beri penerangan dengan jelas oleh Doktor.Malangnya saya tidak. Saya diberi sampul tentang keputusan ujian darah saya untuk diserahkan kepada pihak majikan.
Saya sendiri tidak dibenarkan untuk membuka bagi melihat keputusan ujian tersebut.

Bila saya serahkan kepada majikan, saya sangat sangat terkejut kerana ujian darah menunjukkan saya adalah pembawa virus hepatitis B. Bayangkan bagaimana perasaan saya sewaktu itu. Adakah seorang doctor bertauliah tidak tahu tatacara untuk menyampaikan berita penyakit kepada pesakitnya?

Doktor tersebut langsung tidak mengambil kira emosi saya sewaktu saya menerima berita menggejut ini. Adakah ini dinamakan etika kedoktoran.

Lagipun sewaktu saya mengambil sampul keputusan darah dari receptionist di Klinik tersebut, saya
di pandang sinis oleh mereka. Tapi ketika itu saya tidak langsung menjangkakan yang saya sedang menghadapi penyakit bahaya ini.

Saya redha ke atas apa yang terjadi.
wajah suami dan anak anak mula bermain di ktak fikiran. Adakah saya telah "transmit" kan penyakit saya ini kepada mereka. Ya Allah begitu besar dugaanmu.

Saya mula mencari cari rekod kesihatan saya dan anak anak. Satu persatu saya baca. Malangnya tiada pun satu perkataan yang menlulis bahawa saya adalah pembawa virus Hepatitis B.
Adakakah ujian darah tidak di lakukan sewaktu tempoh kehamilan?
Adakah anak anak saya juga tidak di periksa sama ada mereka mempunyai Hepatitis B?
Adakah doctor terlepas Pandang?

Saya menjadi bingung dan dihimpit rasa bersalah, Ya Allah ujian mu sangat berat untuk ku terima.
saya menangis semahu yang boleh. Saya rebah di pangkuan suami dengan linangan air mata.

Bersyukur
Dalam masa yang sama saya tetap bersyukur kerana suami masih lagi memberi sokongan yang tak berbelah bagi.Langsung tiada rasa takut untuk mendekati saya. Ya Allah ku bersyukur kerana kau hadiahkan seorang suami yang begitu baik buatku.



Sebahagian Hidupku hilang

Tatkala itu saya telah merasakan sebahagian daripada kehidupan saya telah diragut. Saya hidup untuk anak anak sekarang ni. Merekalah penguat semangat saya.

Sudahlah sakit saya pulak tidak diterima bekerja di Syarikat tersebut kerana bimbang penyakit ini akan menjangkiti orang lain. Saya aku, biarlah sakit saya ini saya yang tanggung. Saya tak mahu lagi dihimpit rasa bersalah jika saya adalah penyebab orang lain menerima sakit yang sama seperti saya.


Bersambung...

Link berkaitan
Apa itu Hepatitis B





Apa itu Hepatitis B.


Heptitis B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3]

Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

Sumber

Bagaimana Hepatitis B merebak?
Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.


Tanda-tanda jangkitan
Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak

Jenis ujian yang boleh dilakukan
  • Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
  • Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain

  • Rawatannya

    Secara pasif

    1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
    2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
    3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan
    Secara aktif
    Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
    1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
    2. dapatkan booster selepas 5 tahun
     
     
    Sumber

    Sunday, September 22, 2013

    Mitos kecantikan: Fakta atau auta?

     

    21 Sep - Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja dan anda pasti terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar atau lakukan telah dibetulkan oleh pakar-pakar. Untuk memastikan anda tampil cantik dengan mitos yang betul , beberapa mitos kecantikan telah diuji dan anda akan agak terkejut dengan keputusannya di bawah.

     
     
    Ubat gigi boleh menghilang jerawat
    Fakta! Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada bahan-bahannya yang mana boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu keringkannya sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit anda lalu menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. Jadi pastikan anda menggunakannya di kawasan yang kecil sahaja.


    Timun membantu menghilangkan mata lebam
    Fakta! Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata lebam, kerana apa-apa yang sejuk sangat baik untuknya. Oleh kerana timun adalah benda yang sejuk, ia akan membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa yang sama, akan menyegarkannya.




     

    'Wax' atau bercukur membuatkan bulu badan tumbuh lebih tebal
    Auta! 'Wax' atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan membuatnya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.

     
    Berkongsi alatan solek adalah tidak sihat
    Fakta! Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenarnya akan menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alatan solek seperti gincu atau celak mata jika anda mahu selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan solek yang dijadikan penguji sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain!









     
     
    Tidak elok memicit jerawat
    Fakta! Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu sahaja jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak ke permukaan lain atau menjadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan jangkitan merebak ke permukaan lain, lalu membanyakkan lagi jerawat di kulit. Bersihkan kulit anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.


         

    Lebih banyak mencuci muka adalah lebih baik
    Auta! Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Pencucian yang betul dua kali sehari, pada siang dan malam adalah cukup untuk menjaga kulit anda dengan baik, tanpa membuang penghalang natural yang melindungi kulit daripada faktor-faktor alam sekitar.



     
     Hanya orang yang berlebihan berat badan mempunyai selulit
    Auta! Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan mereka. Selulit dipengaruhi oleh jantina , gen serta gaya hidup, jadi hakikat bahawa anda sedang bekerja di luar mungkin tidak akan membuatkan anda selamat daripada selulit.
     
    Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut
    Fakta! Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut . Mereka membantu mencerahkan, bukan menghitamkan, jadi gunakan jus lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan kulit atau rambut anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.

    Thursday, June 27, 2013

    Lima Produk Kecantikan yang Di haram kan di Pasaran


    1) Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
    2) SS Vita C Night Repair
    3) Daily Protecting Cream- Joie et Beaute
    4) ~H20 + Waterwhite Brightening White Cream
    5) Chantique – Whitening Night Cream

    Kepada sesiapa yang memakai produk seperti yang tertera di atas
    sila lah menghentikan penggunaannya dengan segera ekoran Kementerian Kesihatan telah 
    pun mengharamkannya kerana di percayai mengandungi merkuri dan karbon.


     Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan telah mengeluarkan senarai produk kecantikan yang diharamkan termasuk bahan kimia yang dijumpai di dalam produk.

    Senarai penuh pelbagai produk yang diharamkan daripada tahun-tahun sebelumnya juga telah diberi untuk keselamatan pengguna.

    Diingatkan  kepada para peniaga yang masih degil dan menjual produk ini akan dikenakan denda sebanyak RM25, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama .
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...