Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B
Secara amnya saya adalah seorang yang periang peramah dan mudah didekati.
Keadaan fizikal saya langsung tidak menunjukkan yang selama ini saya dijangkititi Virus Hepatitis B
Apa perubahan yang berlaku?
Sebenarnya saya langsung tidak mengalami apa apa symptom seperti mana yang tertulis melalui carian di Internet.
Mata tidak menunjukkan perubahan warna
Kulit juga tidak berubah kekuningan
kaki pun tidak bengkak
tidak pernah langsung mengalami sesak nafas
perut puntidak membuncit.
Luaran saya sangat sangat sihat dan saya juga merasakan saya sihat.
Memandangkan saya rasa sihat dan dilihat sihat, jadi saya membuat keputusan untuk tidak terlalu memikirkan sangat tentang sakit saya ini. Namun jauh di sudut hati, saya tetap bersedih. Bila bersendirian saya sering tertanya Tanya kenapakah saya dipilih untuk menerima ujian ini.
Pernah saya terfikir berapa lama kah saya masih boleh melihat wajah anak anak, suami dan kaum keluarga.
Perlahan lahan saya beranikan diri untuk berkongsi masalah saya ini dengan kaum keluarga. Suami tahu saya sedang murung. Jiwa saya tidak tenang. Hari hari saya membelek perubahan tubuh saya. Kuningkah mata saya , bengkak kah kaki saya ini. Adakah Virus ini sedang pelahan lahan menguasai tubuh saya.
Melalui pembacaan aku mendapat tahu jika virus tu reactive, dalam masa enam bulan bulan sudah boleh menjadi kronik. Saya sangat bimbang. Dah berapa lamakah virus ini berada di dalam badan saya. Adakah enam bulan dari sekarang saya akan mengalami sakit hati yang kronik?
Saya cuba sibukkan diri untuk melakukan kerja rumah tanpa henti, namun saya tetap tidak mengalami masalah ketihan yang melampau. Saya mula curiga tentang ujian darah yag dilakukan ke atas saya. Adakah betul darah saya yang di uji? Adakah berlaku kesilaan sampel darah?
Saya menjadi semakin bingung.
Saya tidak pernah berputus harapan. Bagi kalangan keluarga yang mengetahui saya mengalami sakit ini terpacul juga soalan dari mulut saya " ak takut ke dijangkiti kalau kamu makan makanan yang di masak oleh saya, Tak takut ke kekalau saya terluka sewaktu menyiang ikan atau memotong sayuran?
Sikap keluarga yang tak pernah bias terhadap saya menjadikan saya semakin kuat.
Terdetik lagi di hati saya, Perlukah saya menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri? Bagaimanakah jika suami pulak berjangkit. Ya Allah rasa bersalah mula timbul, semakin hari semakin menebal.
Tapi suami tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Malah sebelum pergi kerja, beliau selalu berpesan jangan terlalu memikirkan tentang sakit tu. Kekadang sempat juga beliau wassup dan berkali kali memberitahu yang kita akan cuba iktiar sehabis mungkin untuk merawat sakit saya ini.
Kesempatan Yang ada
Akhirnya saya teringat kata kata ustaz melalui pembacaan di internet dan juga buku. Tak semua penyakit yang kita hadapi tu adalah penyakit yang sebenar, mungkin juga ada gangguan. Ah..adakah saya mengalami gangguan?
Jika sebelumnya saya hanya sembahyang, tapi kali ini saya cuba membaca al-quran selepas waktu solat. Moga moga penyakit saya ini dapat sembuh melalui bacaan ayat suci al-quran.
Saya cuba amalkan di samping berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit saya.Saya menjadi redha dan menerima ujian Allah ini dengan lapang dada.
Saya juga berdoa agar Allah memberi petunjuk agar saya menjumpai penawar untuk mengubati penyakit saya ini.
Saya semakin terbuka untuk berkongsi masalah ini bersama kawan kawan. Alhamdulillah kawan kawan juga tidak menunjukkan sebarang bias kepada saya. Malah tetap memberi sokongan padu.
bersambung..
link berkaitan.
Apa itu Hepatitis B
Keluhan hati pesakit Hepatitis B
No comments:
Post a Comment