Friday, December 19, 2014

Keputusan Ujian Darah Kali Kedua


Belum sampai seminggu saya menerima panggilan dari pihak Hospital mengatakan Saya perlu berjumpa dengan doctor kerana doctor ingin memberi sedikit penerangan,

Saya dah semakin yakin bahawa memang betul dan benar tentang ujian darah yang pertama. Ya saya memang pembawa virus Hepatitis B.Ganggangan talipun tersasa sangat berat untuk saya genggam pada ketika itu walaupun keptusan belum lagi saya terima. Naluri di hati saya tetap mengiyakan keputusan ujian pertama. Ya, sayalah pesakit itu.

Petang itu jugak saya ingin bergegas ke Hospital, Namun saya semakin longlai untuk memandu. Saya call suami di office menyatakan tentang panggilan doctor untuk berjumpa. Saya suarakan juga yang saya tak berupaya untuk memandu.

Suami pujuk saya untuk memandu sampai ke pejabatnya terlebih dahulu. Saya gagahi juga memandu memandangkan dekat saja pejabat suami dengan rumah dalam 15 minit sahaja.
Sampai di pejabat suami, beliau melihat keadaan saya yang sugul, lalu beliau membuat keputusan untuk membawa saya ke Hospital dan memohon time off dari bosnya.

Sepanjang perjalanan saya langsung tidak berbual dengan suami, hanya berdiam diri, suami pun tidak bertanya apa apa.

Sesampai di Hospital kami masuk bersama sama untuk mengambil laporan doctor. Saya dah dapat menjangkakan keputusan itu, tapi suami tetap meminta saya untuk dengar dulu apa doctor cakap. bersabar jgn terlalu memikirkan.


Perjumpaan dengan Doktor

Doktor meminta izin untuk bertanyakan soalan yang mungkin akan menyinggung perasaan kami suami isteri. Doktor juga memohon agar soalan yang bakal di Tanya nanti adakah ingin ditanya berasingan atau kami boleh mendengar pengakuan masing masing..

Memandangkan tiada rahsia diantara kami, saya minta agar soalan ditanya tanpa selindung.

Soalan doctor,
Adakah ini suami pertama Puan? Ya
begitu juga kepada suami adakah saya isteri pertamanya.
Tiada isteri lain selain puan? Ya jawab suami

Adakah puan dan tuan ada berhubungan secara intim dengan mana mana perempuan atau lelaki selain pasangan?
kami sama sama menjawab tidak.

Doktor memberitahu bahawa secara lazimnya penyakit ini berjangkit melalui hubungan seks.

Saya mulai curiga dengan jawapan yang diberikan oleh doctor tersebut. Ini kerana mengikut laporan ujian darah pertama saya adalah pembawa virus dan bukannya pesakit. Bagaimana pula doctor boleh cakap yang penyakit ni berjangkit melalui hubungan seks? saya menjadi semakin binggung.

Puan, mengikut hasil ujian darah kami, puan bukan pembawa Hepatitis B, Puan adalah pesakit hepatitis B. Ah kenapa ujian darah menjadi begitu keliru.

Jika sebelum ini saya akur yang saya adalah pembawa hepatitis b yang bermaksud ianya adalah factor keturunan, tetapi sekarang kenapa hasil ujian menjaddi sedemikian rupa.

Langkah seterusnya untuk mendapatkan kepastian, doctor meminta agar darah suami juga di ambil untuk memastikan adakah suami saya dijangkiti atau pembawa kepada virus ini.


Sepanjang perjalanan pulang, kotak fikiranku hanya memikirkan dari mana penyakit ini datang?
Jika suami adalah pembawa, sepatutya sewaktu ujian darah keika hamil dah boleh di "Trace".
Jika aku dijangkiti dari orang lain, tak mungkin juga..

Adakah saya pernah membantu membalut luka org ? pelbagai persoalan timbul. Saya menjadi semakin bingung.


Ya Allah keluarkanlah aku dari kebuntuan ini..

Maka bermulalah episode dari pembawa Hepatitis B kepada pesakit hepatitis B. Sekarang saya adalah pesakit Hepatitis B. ternyata aku tidak mewarisi penyakit ini dari ibu dan bapaku.


bersambung


link berkaitan
Apa itu Hepatitis B
Keluhan hati pesakit Hepatitis B
Fizikal Saya Sebagai Pesakit Hepatitis B
Ujian Darah Kali Kedua





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...