Thursday, December 18, 2014
Keluhan hati pesakit Hepatitis B
Saya pasti ramai di luar san yang tak sedar bahawa dirinya di jangkiti virus hepatitis B.
Baiklah saya kongsikan di sini bagaimana saya mengetahui yang saya telah dijangkiti Virus Hepatitis B
Ujian Darah
Saya telah di arahkan oleh syarikat untuk membuat medical check up termasuklah membuat Ujian Darah. Hasil ujian darah menunjukkan bahawa di dalam darah saya mempunyai Virus Hepatitis B.
Hancur luluh hati saya pada ketika itu, Hanya Allah saja yang tahu.
Saya tahu bagi mereka yang mempunyai Hepatitis B mempunyai cara penerimaan yang berbeza.
Saya kongsikan di sini agar saya mnjadi lebih kuat dan bersemangat walaupun saya sedang membawa Virus ini di dalam badan saya.
Betulkah Cara Doktor ?
Mungkin pesakit di luar sana di beri penerangan dengan jelas oleh Doktor.Malangnya saya tidak. Saya diberi sampul tentang keputusan ujian darah saya untuk diserahkan kepada pihak majikan.
Saya sendiri tidak dibenarkan untuk membuka bagi melihat keputusan ujian tersebut.
Bila saya serahkan kepada majikan, saya sangat sangat terkejut kerana ujian darah menunjukkan saya adalah pembawa virus hepatitis B. Bayangkan bagaimana perasaan saya sewaktu itu. Adakah seorang doctor bertauliah tidak tahu tatacara untuk menyampaikan berita penyakit kepada pesakitnya?
Doktor tersebut langsung tidak mengambil kira emosi saya sewaktu saya menerima berita menggejut ini. Adakah ini dinamakan etika kedoktoran.
Lagipun sewaktu saya mengambil sampul keputusan darah dari receptionist di Klinik tersebut, saya
di pandang sinis oleh mereka. Tapi ketika itu saya tidak langsung menjangkakan yang saya sedang menghadapi penyakit bahaya ini.
Saya redha ke atas apa yang terjadi.
wajah suami dan anak anak mula bermain di ktak fikiran. Adakah saya telah "transmit" kan penyakit saya ini kepada mereka. Ya Allah begitu besar dugaanmu.
Saya mula mencari cari rekod kesihatan saya dan anak anak. Satu persatu saya baca. Malangnya tiada pun satu perkataan yang menlulis bahawa saya adalah pembawa virus Hepatitis B.
Adakakah ujian darah tidak di lakukan sewaktu tempoh kehamilan?
Adakah anak anak saya juga tidak di periksa sama ada mereka mempunyai Hepatitis B?
Adakah doctor terlepas Pandang?
Saya menjadi bingung dan dihimpit rasa bersalah, Ya Allah ujian mu sangat berat untuk ku terima.
saya menangis semahu yang boleh. Saya rebah di pangkuan suami dengan linangan air mata.
Bersyukur
Dalam masa yang sama saya tetap bersyukur kerana suami masih lagi memberi sokongan yang tak berbelah bagi.Langsung tiada rasa takut untuk mendekati saya. Ya Allah ku bersyukur kerana kau hadiahkan seorang suami yang begitu baik buatku.
Sebahagian Hidupku hilang
Tatkala itu saya telah merasakan sebahagian daripada kehidupan saya telah diragut. Saya hidup untuk anak anak sekarang ni. Merekalah penguat semangat saya.
Sudahlah sakit saya pulak tidak diterima bekerja di Syarikat tersebut kerana bimbang penyakit ini akan menjangkiti orang lain. Saya aku, biarlah sakit saya ini saya yang tanggung. Saya tak mahu lagi dihimpit rasa bersalah jika saya adalah penyebab orang lain menerima sakit yang sama seperti saya.
Bersambung...
Link berkaitan
Apa itu Hepatitis B
Labels:
Hepatitis B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment