Thursday, April 5, 2012

Pembedahan Payu Dara kurangkan Susu?

Saya amat bersimpati kepada ibu ibu di luar sana yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang lump di Payu dara.
Sesiapa yang pernah sudah pasti sedia maklum yang kuantiti susu tidak sebanyak yang di harapkan. Mungkin puan puan akan risau sama ada cukupkah susu untuk anakku...
betul tak?

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman. Saya pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan/lump di payudara sebelah kiri. Agak besar juga lump tersebut.
Apabila saya melahirkan anak kedua, saya amat risau .

Kekadang tu payudara saya sakit kerana dipenuhi susu, tetapi bila saya pump keluar la setik dua mcm tu aja. lainlah kalau anak saya yang hisap. Memang menjadi masalah saya bila berada di tempat kerja kerana menanggung sakit. sebab pump susu tapi susu tak nak keluar. Tak kan saya nak balik utk anak hisap kan...

Jadi, saya tahan aja, bila sampai di rumah, saya akan pastikan bahawa anak saya menghisap sekerap mingkin di sebelah yang pernah saya buat pembedahan itu.

Sepanjang tempoh 3-4 bulan saya hanya pump susu di bahagian kanan sahaja.
Kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya. Walaupun hanya sebelah payudara, saya mampu pump 20 oz sehari.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah memang menyediakan makanan untuk hambanya.
Mungkin kerana kekerapan anak saya menghisap di sebelah yang pernah dibedah itu, sekarang ni saya mampu untuk pump dan susu keluar seperti biasa.

Bagi puan puan di luar sana, jgn takut untuk menyusukan anak jika payudara pernah menjalani pembedahan. Berusahalah.. kerana jika kit aberusaha ke arah itu, kita pasti perolehi hasil yang lumayan.

topik berkaitan,puting susu luka khasiat susu ibu Bengkak susu,
Menyusu Kuruskan Badan

Menyusu Boleh Kurus

wah.. wah... topik yang mengujakan kaum hawa jika berbicara tentang "kurus"
Jika orang bertanya, betulkah menyusu badan boleh menguruskan badan?
jawpan saya ialah "ya"

Ini kerana semasa bayi menyusu dia telah menolong membakar hampir 600 kalori sehari.
untuk membakar 600 kalori anda memerlukan 2 jam bersenam.
Jika byi anda mampu membakar 600 kalori sehari adalah sesuatu tang menguntungkan.

Anda percaya atau tidak.
Gambar di bawah menunjukkan berat badan saya 70 kg. sebelum mengandung dan sewaktu mengandung berat badan saya mencecah 85kg.

lihat sajalah bentuk muka saya yang bulat dan bahagian bahu memang gemuk bukan.

Dan lihat pula gambar terbaru saya bersama bayi saya yang berusia 8 bulan.
memang ada perubahan bukan. Maksud saya, bukanlah menyusukan badan ni boleh kurus sampai tahap kurus keding tu.. tapi memadailah sekadar " just Nice " begitu.
Lagipun suami saya tak suka jika saya terlalu kurus atau dengan ertikata lain kurus keding.

semasa mengandung berat saya 85 kg. sekarang berat saya 63kg. Saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 22 kg. menakjubkan bukan?

Sekarang bayi saya berusia 8 bulan 1/2 dan saya masih lagi menyusukannya.
Kuantiti susu saya masih lagi banyak seperti sewaktu saya berpantang iaitu dalam 20 oz sehari.

Tahukah anda, saya tidak langsung mengamalkan diet, malah malam pun saya makan nasi. Jgn takut untuk makan nasi sebab nasi itu penting untuk memastikan susu yang anak anda perlukan mencukupi.

Menyusu anak adalah diet terbaik untuk kuruskan badan. Tak perlulah menghabiskan wang beribu ribu ringgit untuk supplement kuruskan badan
Allah dah sediakan yang terbaik untuk ibu ibu di dunia ini

Boleh baca ini juga:- puting susu luka, khasiat susu ibu Bengkak susu

Tuesday, April 3, 2012

Rahsia Banyakkan Susu Ibu

ramai para ibu di luar sana amat risau apabila susu badan menjdi kurang. Ada yang panik sehingga membuat penyediaan campuran susu formula utk anak anak.

saya juga seorang ibu, saya juga mengalami masalah kekurangan susu dan saya juga panik. Tapi tidaklah sampai membuat keputusan untuk campurkan susu formula untuk anak saya.

Ada suatu ketika, stok susu saya hanya ada 30 oz. tambahan pula sehari saya mampu pump 10oz. dan bekalan harian anak ke rumah mengasuh 20 oz. Maknanya, cuma tinggal untuk seminggu je stock di dalam peti ais.

Apa yang saya lakukan:-

1) berfikiran positif- saya yakin bahawa susu yang 10oz di dalam peti ais itu memang akan cukup untuk anak saya. Saya yakin Allah maha adil, dia pasti akan mencukupkan makanan untuk anak saya sepeti mana dia mencukupkan makanan untuk saya.

2) Saya pump susu sekerap yang mukin. Jika anak saya makan moi. sesudah makan moi saya akan menyusukan anak. Saya tahu anak akan menyusu sedikit sahaja. Saya susukan anak sebagai perangsang untuk susu saya di perah dalam jumlah yang banyak.

3) setiap kali pump susu, saya akan berbisik di hati sambil berdoa " Ya Allah, kau cukupkanlah simpanan susu untuk anakku". Percaya atau tidak, susu saya keluar dengan lebih banyak dari biasa. cubalah puan puan lakukan

4) Minum air yang banyak. maksud saya 2 liter lebih sehari. Sebelum minum air, niatlah untuk banyakkan susu. Air diciptakan Allah di bumi dapat mendengar bisikan dan molekul molekul air akan berubah melalui bisikan kita. Ini bukan pendapat saya ya, tapi ianya ttg kajian terhadap air.
Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molekul air. Hasil kajian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molekul air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air.

5) Saya urut payu dara saya secara memutar apabila sampai di puting saya akan picit sedikit. Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran susu. Saya perolehi petua ini semasa mak bidan mengurut payudara saya sewaktu dalam pantang. saya ikut cara dia mengurut. Alhamdulillah saya tak mengalami bengkak susu.


6) Pump susu dengan penuh kesabaran. jangan dalam keadaan tergesa gesa. emosi anda semasa mengepam susu tu turut memberi kesan kepada pengaliran susu.

7) setiap kali di akhir solat, mohonlah kepada Allah agar perbanyakkan susu puan puan. Mohonlah pada yang Esa. Allah pasti qabulkan permintaan anda.

note:- elakkan pengambilan supplement untuk banyakkan susu, Ingatlah Apa yang anda makan anak anda jugak makan melalui susu yang terhasil.

Anda mungkin juga berminat:-
puting susu luka
khasiat susu ibu
Bengkak susu

Puting Susu Luka

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya alami sewaktu minggu pertama menysukan bayi . Setelah bayi saya dilahirkan, Jururawat segera menyerahkan bayi untuk disusukan
Adalah menjadi janggal bila pertama kami menuyusukan anak.

Mungkin cara saya menyusukan itu menyebabkan puting susu saya menjadi luka
kerana anak saya menghisap di bahagian puting sahaja. Jangan panik yang puan puan, ini adalah perkara normal yang di alami oleh semua ibu ibu.

Malah ada ibu ibu yang menjadi fobia dengan perkara ini dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak menyusukan anak mereka. Jangan begitu ya puan puan, ini cuma sementara sahaja. Cubalah untuk melawan sakit di bahagian puting itu dan cuba menyusukan anak sekerap yang mungkin.

Bagi ibu ibu yang bahagian putingnya luka, jangan sesekali meletakkan ubat atau losyen untuk menyembuhkan luka tersebut. Cuba kaedah ini, insya Allah luka tersebut akan sembuh.

1) semasa anak anda tidak menyusu, cuba picitkan puting payudara anda sehingga keluar sedikit susu, dan susu tersebut di sapu di bahagian luka tersebut

2) lakukan sekerap yang mungkin, saya pasti dalam masa seminggu atau 2 minggu luka tersebut akan sembuh

3) semasa menyusu, pastikan bahagian tampok hitam di payu dara anda itu berada di dalam mulut anda dan bukannya menghisap puting . Cara ini akan dapat mengelakkan puting payudara anda dari luka.

Anda Juga Berminat:- Khasiat Susu Ibu , Bengkak Susu

Khasiat Susu Ibu

KHASIAT SUSU IBU
Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan
yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,
bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada
makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap
hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah
diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi
masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu
dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar
dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk
pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan
air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia

Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang
optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi
ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah
mengikut perkembangan dan keperluan bayi.

Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan
hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan
ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan
peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga,
kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.

Sumber: Sini


Anda mungkin berminat ini Bengkak SusuLink

Monday, April 2, 2012

Bengkak Susu

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.


Gejala- Gejala Mastitis

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-

  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih

Sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang berisiko

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-

  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.

Bila anda perlu jumpa doktor

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan Mastitis di rumah

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-

  • Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
  • Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
  • Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
  • Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
  • Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
  • Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
  • Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
  • Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan

  • Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  • Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
  • Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
  • Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
  • Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

Sumber :- Di Sini


selain melakukan perkara di atas saya juga mengamalkan perkara di bawah ini:-

Amalan saya di rumah apabila mengalami bengkak susu

1) Ambil Sikat rambut dan sikat payudara secara menurun

2) urut payudara perlahan lahan dengan cara teknik memutar, secara perlahan lahan.bila sampai di hujung puting tu, picit utk keluarkan susu.cara ini adalah untuk melancarkan pengaliran susu.

3) semasa bayi sedang munyusu di sebelah kiri, saya akan pump di sebelah kanan begitulah sebaliknya.

4) Apabila pengaliran susu menjadi kurang, saya akan berjumpa bidan untuk di urut.


Selamat mencuba.

Tuesday, December 13, 2011

Bahaya Riak

sumber dari sini

“Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Melakukan ibadah tetapi tidak ikhlas, bukan kerana Allah. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia.”


Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita.


Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak.


1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.

2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.

3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.


Ibadah orang yang riak akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.


Firman Allah:
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak.” ( Al Ma’un: 4-6)Abu Hurairah yang berkata:


Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya.


Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?”


Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.”


Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.


Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya.


Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?”


Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.”


Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.”


Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.


Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya.


Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?”


Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.”


Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.”


Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...