Tuesday, May 1, 2012

Hari ini pump dapat 10 oz

Penambahan susubadan saya  semakin meningkat dari hari ke hari
mungkin bersesuain dengan usia bayiku yang menginjak 9 minggu lepas
Tapi, peti sejukku sudah penuh dan tidak muat untuk menyimbahan stock susu lagi

tambahan pula budget saya untuk membeli Mini Bar atau mini freezer masih belum cukup.
makanya sepanjang cuti saya semalam saya tidak pump walaupun sekali
saya cuba menyusukan sikecil saya ini dengan sekerap yang mungkin

Kalau dah di takdirkan banyak susu, memang banyaklah kan.
Hari ini, sekitar pukul 8.00 pagi sebelum saya ke pejabat, saya susukan Anak saya ini
tapi dia mcm dah kenyang pun, dan tak mahu menetek.

Apa lagi banyaklah susu yang ada kat dalam badan ni. Sesampai di pejabat saya tidak terus pump
saya lakukan kerja seperti biasa sementara menunggu waktu yang sesuai untuk saya pergi pump.

Masya allah maha kaya Allah, sekali pump 10oz saya dapat. Macam tak percaya.
Tapi itulah yang saya perolehi.
rakan sekerja saya pun terkejut dengan kuantiti susu saya hari ini.
sesungguh begitu murah rezeki anak kecilku ini
begitu banyak susu yang Allah kurniakan sehingga melebihi keperluanmu .
Aku bersyukur.. Ya Allah..

1 comment:

  1. alhamdulillah . murah rezeki :)
    selamat hari ibu yer :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...