Wednesday, April 18, 2012

Sekali Pump 6oz

Saya ingin memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana sejak kelahiran bayi sehinggalah umurnya kini mencecah 9 bulan. Jumlah susu saya masih lagi banyak.
Alhamdululilah.. Aku bersyukur pada mu ya Ilahi.

ramai rakan rakan saya dah mula sulamkan susu formula untuk bayi mereka kerana bila anak dah nak masuk umur setahun, susu yang di pump semakin berkurangan.

Ada yang kadang kadang tu sekali pump 1-2 oz saja yang dapat. Saya bersyukur sangat sangat kerana walaupun saya pernah menjalani pembedahan di payudara kiri, tapi jumlah susu yang berjaya di pump masih banyak seperti baru baru saya melahirkan puteri saya, 9 bulan yang lalu.


petua saya adalah amat senang. Selalu minum air masak. saya banyakkan minum air dan niat di hati agar air yang saya minum ini akan bertukar menjadi susu untuk anak saya.

" Ya allah perbanyakkan susuku agar mencukupi untuk anakku "
Allah mendengar doaku dan memberinya lebih dari itu.

Itu lah Allah kan, jika hambanya meminta dia akan beri lebih dari itu.
jangan berputus asa untuk berdoa setiap kali puan puan minum air.
kerana air boleh mendengar bisikan kita dengan kuasa Allah.

jika dulu saya beli storage bag bersaiz 7 oz, tapi sekarang saya beli yang bersaiz 12oz. Saya mendoakan agar saya mampu dan akan dapat menyusukan anak saya sehingga umurnya 2 tahun.

berdoa dan teruslah berdoa. jgn berputus asa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...