Wednesday, April 25, 2012

Tips membersihkan Pengisar Makanan

Saya pasti ada di kalangan ibu ibu di luar sana yang menghadapai masalah untuk mengisar makanan awal bayi. Ada juga ibu ibu yang membeli pengisar baru semata mata untuk mengisar makanan bayi anda.

mesti puan puan menghadapi situasi di mana pengisar digunakan untuk mengisar cili, rempah dan pelbagai. Bila memikirkan tentang pemakanan bayi, puan puan seharusnya akan risau.
ini kerana bekas pengisar tersebut masih lagi mempunyai kesan cili atau berwarna kekuningan.
Pengisar makanan



saya mempunyai cara mudah untuk menghilangkan kesan cili, rempah mahupun kunyit yang melekat pada alat pengisar.  Bagi memastikan bayi saya tidak cirit birit apabila saya mengisar moi untuknya.

setiap kali setelah selesai menggunakan pengisar untuk mengisar cili, rempat ataupun kunyit. saya akan bersiap sedia dengan sedikit kelapa parut. 

kelapa parut tersebut digunakan sebagai agen pembersih. Jika puan puan masak kari, pastikan kelapa parut di kisar sekali lagi di dalam alat pengisar dan proses ini haruslah dilakukan di akhir.

cuba ambil kelapa parut dan kisar kelapa tersebut sehingga halus.kemudian asingkan bahan tadi dan bilas alat pengisar anda. Cuba lihat, alat pengisar anda akan menjadi bersih dan warna kekuningan yang melekat pada nya juga turut hilang.

cubalah praktikkan. tidak perlulah berhabis  membeli pengisar baru untuk mengisar moi/nasi bayi anda.
lagipun bukan hari hari kita makan kari/sambal kan...
cubalah petua yang murah & ringkas ini demi bayi kesayangan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...