Sunday, April 15, 2012

Susu Ibu Menjimatkan

Semasa mengandung, saya telah berkira kira tentang kos yang terpaksa di tanggung jika anak saya minum susu tepung/formula. Jika mengikut pengalaman terdahulu memang agak membebankan.
Mungkin semua gaji dibelanjakan dan wang untuk simpanan tiada untuk tempoh bayi .

2-3 tahun tanpa menabung? susah tu. Di dalam hati yakin dan percaya bahawa mesti ada penyelesaiannya. Allah pasti membantu. Mestila saya pening kepala, lagipun saya bukanlah orang kaya dan bergaji besar. suami saya pun bukannya tauke besar.

Syukur Alhamdulillah, Saya telah menjumpai penyelesaiannya. Allah telah memberi ruang ke pada saya untuk mengetahui maklumat tentang penyusuan bayi dan sebagainya, sekaligus dapat menyelesaikan kekangan kewangan yang kami hadapi.

katakanlah puan membelanjakan RM 50 utk seminggu. Sebulan dalam 200-250
Jika setahun dalam RM 2400-3000. banyak bukan.

tetapi ada jugak anak anak puan yg serasi dengan susu yang mahal. maka perbelanjaan puan puan akan naik secara mendadak. betul tak?

Jika pemilihannya adalah susu ibu, selain dapat menjimatkan wang puan puan akan menikmati beberapa kelebihan seperti di bawah :-

1. Senang untuk berjalan ke mana-mana, tidak perlu membawa set bakul susu.

2. tak perlu bangun malam malam untuk bancuh susu

3. Tak perlu ke pusat pelangsingan badan jika ingin langsing. puan puan boleh langsingkan badan secara semulajadi.

4. Payudara jadi lebih seksi.

5. Dapat “bercuti” secara semulajadi dari proses kehamilan seterusnya, maklumlah, kaum bapa ni … bukan boleh puasa lama sangat.

6. Mengurangkan risiko kanser.


Puan puan nak tahu setelah boleh berjimat, apa yang saya sedang lakukan?

walaupun beranak kecil, saya masih mampu mengikuti kelas masak memasak dan menjahit di hujung minggu. Seperti yang puan puan sedia maklum. kos untuk mengikuti kelas sebegini bukanlah murah. tambahan pulak kelas di adakan di waktu hujung minggu.


Selain dapat menjimatkan kos dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...