Tuesday, May 29, 2012

Garis masa bagi kehamilan biasa

Kehamilan biasanya dibahagikan kepada tiga tempoh, atau trimester, setiap sati selama tiga bulan. Walaupun tiada peraturan yang khusus atau tetap (hard and fast rules), perbezaan ini adalah berguna bagi menggambarkan perubahan yang belaku menurut perubahan masa.

Trimester pertama

Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan apabila embryo yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. pregnancy is defined as beginning when the developing embryo becomes implanted into the endometrial lining of a woman's uterus. Dalam sesetengah kes bilamana kerumitan timbul, telur yang disenyawakan mungkin melekat pada tiub falopian atau pada pangkal rahim, menyebabkan kehamilan estopik. Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom (embrio) lekat, sungguhpun adalah biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa (embrio) melekat. Sesetengan wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak membimbangkan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. Bahagian luar embrio membesar dan membentuk placenta, bertujuan menerima zat melalui dinding uterine, atau endometrium. Tali pusat pada bayi baru lahir terdiri daripada sisa sambungan kepada placenta. Bayi yang membesar melalui pembesaran cepat dan pertukaran semsas proses pembentukan fetal.
Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini.

Trimester kedua

Bulan ke 4 hingga 6 kehamilan dikenali sebagai trimester kedua. Kebanyakan wanita rasa lebih bertenaga dalam tempoh ini, dan mula menambah berat ketika simptom sakit pagi (morning sickness) berkurangan dan akhirnya lenyap. Pergerakan pertama fetus dapat dirasai dan ia mulai membentuk pada betuk yang dapat dikenali. Ini biasanya berlaku pada bulan keempat. Tembuni (placenta) kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mulai menghasilkan insulin dan kencing. Gigi mulai terbentuk dalam gusi bayi dan organ pembiakan dapat dikenali, dan fetus dikenali sebagai lelaki atau perempuan.

Trimester ketiga




Peningkatan berat terakhir  berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk mandiri diliar rahim dengan peningkatan fungsi otot, otak dan mata.
Ia pada masa ini bayi yang dilahirkan pramatang mampu hidup. Kegunaan teknologi perubatan moden telah meningkatkan kemungkinan bayi pramatang terus hidup dan menolak sempadan boleh hidup pada tarikh lebih awal berbanding tanpa bantuan. Sungguhpun dengan perkembangan ini, kelahiran pramatang masih merupakan ancaman kepada fetus, dan mungkin menyebabkan kesihatan lemah selepas ini, walaupun bayi terselamat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...