Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Apa itu Hepatitis B.


Heptitis B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3]

Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

Sumber

Bagaimana Hepatitis B merebak?
Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.


Tanda-tanda jangkitan
Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak

Jenis ujian yang boleh dilakukan
  • Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
  • Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain

  • Rawatannya

    Secara pasif

    1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
    2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
    3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan
    Secara aktif
    Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
    1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
    2. dapatkan booster selepas 5 tahun
     
     
    Sumber

    Sunday, February 3, 2013

    Amalan pemakanan sihat

    Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

    Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang
     
    penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang.

    Jangan makan atau minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Amalkan berpuasa (Isnin dan Khamis) bagi menjaga sistem pencernaan anda. Kurangkan memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Selain daripada itu, kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan juga mengambil minuman manis, yang mengandungi kafein dan gas. 

    Amalkan meminum jus buah atau memakan buah-buahan pada waktu pagi. Biasakan diri anda dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

    Selain daripada membuat perancangan, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat.

    Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai digunakan contohnya memasak dengan kaedah membakar, mengukus dan mereneh.

    Walaupun makanan itu berkhasiat dan cara penyediaannya juga tertib, tetapi yang paling penting adalah kawalan dan cara pengambilan makanan itu. Jangan terlebih dan jangan terkurang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

    SUMBER

    Friday, February 1, 2013

    Tips-tips mengawal masalah kolestrol tinggi

    Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.

    Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

      
    Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti. 

    Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

    Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik .

    Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

    Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.

    Saturday, October 6, 2012

    cara terbaik untuk kurus

    Periksa label makanan boleh kurus


    WANITA lebih peka memeriksa label nutrisi makanan berbanding lelaki.


    RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.

    Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
    Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.

    “Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.

    “Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.

    Thursday, October 4, 2012

    Kandungan ibu tanpa rahim

    PASUKAN pakar perubatan yang terlibat dalam pemindahan rahim di Sweden minggu lalu. Dari kiri, Andreas G. Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler, Mats Brannstrom, Michael Olausson dan Liza Johannesson.


    HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu.

    Lebih menarik, mereka menerima rahim tersebut daripada ibu kandung masing-masing sekali gus mencipta sejarah sebagai pemindahan rahim daripada ibu kepada anak yang pertama di dunia.
    Menurut ketua pasukan bedah berkenaan, Prof. Dr. Mats Brannstorm, lebih 10 orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar tersebut.

    Menurutnya yang juga Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg, rahim wanita pertama telah dibuang beberapa tahun lalu akibat kanser pangkal rahim manakala wanita kedua dilahirkan tanpa rahim.
    “Keadaan dua-dua pesakit yang enggan identiti sebenar mereka didedahkan ini berada dalam keadaan baik walaupun sedikit penat selepas menjalani pembedahan.
    “Sementara itu, kedua-dua ibu mereka sudah boleh berjalan dan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari lagi,” ujar Bransstorm.

    Kes wanita ketiadaan rahim bukanlah senario baharu di Sweden, malah dianggarkan di negara itu, terdapat 2,000 hingga 3,000 wanita yang tidak dapat mengandung disebabkan ketiadaan rahim, sama ada ia berpunca daripada masalah kesihatan mahupun yang lahir tanpa rahim.
    Menurut Bransstorm lagi, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia.
    Berdasarkan teori tersebut, pakar perubatan berpendapat, rahim wanita yang sudah mengalami fasa menopaus masih boleh menampung kehamilan.
    Peluang kedua
    Seorang penerima rahim yang dikenali sebagai Anna memberitahu, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.

    “Pengalaman mempunyai rahim adalah satu perasaan yang hebat.
    “Saya gembira pembedahan pemindahan ini berjaya walaupun belum ada jaminan saya dan teman lelaki boleh menimang cahaya mata selepas ini.
    “Bagaimanapun, memiliki rahim buat kali kedua adalah peluang terbaik dalam hidup saya.
    “Jika saya berjaya hamil, ia adalah bonus buat kami,” ujarnya.
    Walaupun pemindahan rahim antara ibu dan anak ini mencipta sejarah yang tersendiri, ia bukanlah pemindahan rahim yang pertama dalam sejarah perubatan dunia.
    Ogos tahun lalu, seorang wanita kelahiran Turki, Derya Sert, 22, turut mendapat rahim selepas lebih dua dekad dia dilahirkan.

    Derya dikatakan tergolong dalam kelompok 5,000 wanita yang dilahirkan tanpa rahim di dunia.
    “Saya tidak pernah didatangi haid sepanjang hidup sehinggalah selepas beberapa bulan saya mendapat rahim yang didermakan oleh waris mangsa kemalangan maut,” ujarnya yang juga isteri kepada seorang mekanik kereta ini.
    Mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata, Derya bagaimanapun diuji.
    Namun, selepas pertemuan dengan sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz, dia mula memasang impian untuk bergelar ibu suatu hari nanti.
    Bayi IVF
    “Pada 9 Ogos lalu, nasib saya berubah apabila sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim yang didermakan kepada saya.
    “Saya sangat gembira dan bersyukur. Rahim yang saya terima ini merupakan satu anugerah tuhan yang sangat bermakna.
    “Sebelum ini doktor mengesahkan saya tidak mempunyai rahim namun saya memiliki sepasang ovari yang sihat dan boleh mengeluarkan telur seperti wanita normal.
    “Sekiranya diizinkan tuhan, kami mahu menimang cahaya mata dalam masa terdekat,” ujarnya yang menghabiskan masa selama enam bulan di hospital bagi menjalani pembedahan itu.
    Apa yang menarik, Derya menjadi wanita pertama di dunia menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.
    Pembedahan ke atas suri rumah ini merupakan kejayaan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia.
    Kali pertama ia dilakukan di Arab Saudi pada tahun 2000 melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup.

    Bagimanapun, pembedahan itu tidak berjaya kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor membuang organ berkenaan selepas 99 hari berada dalam perut penerimanya.
    Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

    “Kami gembira kerana selepas pemindahan rahim pada tahun lalu, Derya sudah didatangi haid malah ia hadir secara konsisten. Ini bermakna, tisu daripada rahim yang dipindahkan itu hidup dan berfungsi seperti rahim biasa.

    “Pembedahan ini dianggap berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya nanti,” kata ketua pasukan pakar bedah itu, Dr. Omer Ozkan.
    Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan.

    Thursday, September 20, 2012

    Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia


     
    AP
    TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukan
    transplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom. 


    STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
    Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
    Identiti mereka tidak didedahkan.

    "Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.

    Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
    Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.

    " Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.

    Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
    Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.

    Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
    "Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
    Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.

    "Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.
    - Reuters

    Monday, July 2, 2012

    BEKAM, perubatan istimewa

     
    Dulu Masa kecik kecik selalu saya lihat Arwah Tok Wan Buat Bekam. Nampak mcm ngeri je.
    Tok Wan guna gelas untuk buat bekam tu. Caranya adalah dengan membakar sedikit kertas dan masukkan ke dalam gelas kemusian letakkan pada kulit. secara perlahan lahan akan nampak benjolan kulit dalam gelas tu. Then Tok wan akan ambil pisau cukur janggut untuk buat luka luka kecil dan teruskan berbekam.
    Banyak betul darah kotor yang keluar.
     
                                             
     Lebuh kurang gambar kat atas ni la darah kotor tok wan keluar. Tapi sekarang ni, ada jugak orang bekam dengan lintah.
     
    Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik
    Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun ) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam

    Apa itu Bekam
    Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaidah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

    Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

     Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

    Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

    Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistim darah tidak berjalan dengan lancar.

    Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.

    Bekam Untuk Kecantikkan 

     
    Bekam kecantikan adalah satu kaedah berbekam darah dibahagian muka untuk lelaki dan wanita bagi merawat kulit bermasalah serta resdung dan dalam masa yang sama juga melancarkan aliran darah dibahagian muka supaya kelihatan awet muda.InsyaAllah tiada parut dan lebam yang serius semasa mendapatkan rawatan bekam dari pihak kami.

    Sabda Rasulullah SAW...
    "Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
    (Hadis sahih) 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...