Saturday, November 6, 2010

Proses Pengurusan



Proses pengurusan terdiri daripada :-

a) Merancang
b) Mengorganisasi
c) Memimpin
d) Mengawal


Merancang
Merancang bermaksud para pengurus memikirkan terlebih dahulu matlamat dan tindakan mereka.Merancang merangkumi aktiviti mendifinisi matlamat organisasi, dengan menjawab beberapa soalan seperti apakah aktiviti utama organisasi kita dan apakah tujuan kita,dan menggubal strategi yang menyeluruh untuk mencapai objektif - objektif organisasi dengan membentuk pelan yang menyeluruh dan bukannya secara firasat

Mengorganisasi
Mengorganisasi bererti para pengurus menyelaraskan sumber - sumber tenaga manusia dan bahan atau sumber-sumber organisasi bagi mencapai sesuatu matlamat. Mengorganisasi meliputi aktiviti yang menentukan tugas tugas yang harus dilakukan. Siapa yang melakukannya, bagaimana tugas tersebut dilakukan, siapa yang melapor kepada siapa dan dimanakah keputusan tersebut di buat

Memimpin
Memimpin bermakna para pengurus mengarah dan mempengaruhi para sabordinat bertindak supaya mereka melakukan tugas tugas yang diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat . Dengan mewujudkan sesuatu suasana kerja yang sesuai, para pengurus mendorong sabordinat supaya menghulurkan komitmen secara optimum.

Mengawal
Mengawal pula ditakrifkan sebagai aktiviti para pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

mengawal adalah proses mengawas-membanding-membetul.Sekiranya terdapat sebarang pelencongan arah tujuan, tugas seorang pengurus adalah mencari puncanya dan membetulkan arah haluan berkenaan.

Seterusnya kita akan membincangkan konsep konsep pengurusan berpandukan kepada keempat empat fungsi yang telah di seutkan di atas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...