Sunday, November 7, 2010

Tahap Kemahiran dan Kebolehan Pengurus

Tahap kemahiran dan kebolehan pengurus terbahagi kepada 3 iaitu
a) Kemahiran Konsepsi
b) Kemahiran antara perorangan
c) Kemahiran Teknikal


Kemahiran konsepsi
Kemahiran konsepsi adalah merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus untuk menganalisis dan mendiagnosis situasi yang lebih kompleks. Ianya membantu pengurus dalam melihat kepentingan bagaimana semua kepentingan dan aktiviti di dalam sesuatu organisasi disatukan agar pengurus tersebut u dapat "melihat" atau memperolehi gambaran yang menyeluruh. kemahiran ini akan membantu pengurus membuat sesuatu keputusan yang lebih bernas.

Kemahiran antara perorangan
Kemahiran antara perorangan pula adalah merujuk kepada kebolehan bekerja, memahami, memimpin dan mendorong orang bawahan secara individu dan kumpulan. Oleh kerana pengurus bekerja dengan orang lain, maka seharusnya mempunyai kemahiran antara perorangan untuk berkomunikasi. Kemahiran ini amat penting untuk membolehkan seseorang pengurus mendorong dan mendapat komitmen daripada para pekerja.

Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus dalam menggunakan pengetahuan dan kepakaran yang khusus. Kepentingannya adalah berbeza pada tahap pengurusan yang berlainan. Bagi pengurusan atasan, kemahiran pengurus adalah tertumpu kepada aspek aspek industri dan pemahaman kepada proses kerja yang menyeluruh. Bagi pengurus pertengahan dan barisan bawahan pula, pengetahuan yang lebih terperinci tentang kerja diperlukan, seperti kewangan sumber manusia, pengeluaran dan lain lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...