Showing posts with label Penjagaan bayi. Show all posts

Monday, July 2, 2012
Thursday, April 26, 2012
Susu Ibu Elak Generasi Obes
Sejak rekod tumbesaran anak saya agak perlahan, saya cuba mencari maklumat bagi merungkai pemasalahan anak saya. Anak saya sihat, cuma berat badannya agak perlahan. Dia pula dikategorikan sebagai bayi kurus. kekadang cemburu juga bila melihat bayi orang lain yang montel montel.
KHASIAT susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.
Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.
Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan
pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung
mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.
Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.
Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.
"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.
"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.
Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.
"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.
Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal."Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.
Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.
"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.
Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.
Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.
Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.
Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.
Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.
Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.
"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.
Kebetulan, suami telah membeli mingguan malaysia dan saya terbaca di dalam artikel kesihatan oleh, Khairunnisa Sulaiman. kerisauan saya terus hilang . Oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda semua.
KHASIAT susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.
Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.
![]() |
| Profesor Dr. Berthold V. Koletzko |
Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.
Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.
"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.
"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.
Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.
"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.
"Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam
hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.
"Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar
berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka,"
katanya. Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal."Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.
Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.
"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.
Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.
Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.
![]() |
| Dr Atul Singhal |
Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.
Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.
![]() |
| Indra Balaratnam. |
Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.
Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.
"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.
Wednesday, April 25, 2012
Tips membersihkan Pengisar Makanan
Saya pasti ada di kalangan ibu ibu di luar sana yang menghadapai masalah untuk mengisar makanan awal bayi. Ada juga ibu ibu yang membeli pengisar baru semata mata untuk mengisar makanan bayi anda.
mesti puan puan menghadapi situasi di mana pengisar digunakan untuk mengisar cili, rempah dan pelbagai. Bila memikirkan tentang pemakanan bayi, puan puan seharusnya akan risau.
ini kerana bekas pengisar tersebut masih lagi mempunyai kesan cili atau berwarna kekuningan.
kelapa parut tersebut digunakan sebagai agen pembersih. Jika puan puan masak kari, pastikan kelapa parut di kisar sekali lagi di dalam alat pengisar dan proses ini haruslah dilakukan di akhir.
cuba ambil kelapa parut dan kisar kelapa tersebut sehingga halus.kemudian asingkan bahan tadi dan bilas alat pengisar anda. Cuba lihat, alat pengisar anda akan menjadi bersih dan warna kekuningan yang melekat pada nya juga turut hilang.
cubalah praktikkan. tidak perlulah berhabis membeli pengisar baru untuk mengisar moi/nasi bayi anda.
lagipun bukan hari hari kita makan kari/sambal kan...
cubalah petua yang murah & ringkas ini demi bayi kesayangan anda.
Friday, April 20, 2012
Pemakanan Awal Bayi
Setiap keluarga mempunyai amalan pemakanan yang berbeza
begitu juga saya, sejak turun temurun amalan awal pemakanan bayi masih lagi di amalkan
Nasihat ibu kepada saya, agar memulakan pemakanan awal bayi dengan air didih, setelah sebulan bolehlah di mulakan dengan penyediaan moi.

kenalkah puan puan dengan block ikan di atas? Saya pun, tak kenal sebenarnya
suami yang belikan setelah di ajar oleh ibu bagaimana untuk membeli.
Ini adalah block ikan yu. Sewaktu saya bayi, ikan inilah di berikan kepada saya sebelum ayam, ikan blilis dan lauk pauk lain masuk kedalam perut kecil saya itu.
kata emak, ikan ini akan di jirus dengan air panas( tuang air panad di atas kulit ikan) supaya senang untuk membuang kulit kasar . Tapi saya rasa susuah nak buat begitu
lebih baik saya selinap je.

ha.. saya selinap begini. senang sikit. sebab isinya yang di perlukan.
Ikan ini digunakan sebagi permulaan pemakanan saya adik beradik bagi mengelakkan kecacinngan. begitulah kata emak.
Mak selalu bandingkan anak anak dahulu dengan anak anak sekarang.
mak cakap " anak anak zaman dulu mana ada yang ratah ikan ( makan ikan goreng begitu saja tanpa nasi). Tapi budak budak sekarang dah pandai makan ikan goreng & ayam goreng begitu sahaja. Last, nasi tak mau makan. sebab tu banyak cacing.
Mak yang lebih tua, tentu dia lebih ilmunya, saya hanya dia.
Sama ada atau tidak kajian saintifik tentang hubungan ikan ini dengan kecacingan tu, saya pun tak pasti. Kata emak jgn di bantah. sebagai anak ikut aje lah..

saya nak anak saya perolehi semua zat makanan. Jadi saya tidak mengamalkan pengambilan Nestum. Sejak dia berumur 6 bulan saya akan sediakan bubur nasi yang di mesin halus.
campuran seperti ikan, ayam, keledek, carrot, kentang, brokoli sawi dan sebagainya akan saya rebus tanpa garam atau gula. Saya rebus hingga empuk.
kemudian saya kisar hingga halus.
Sebagai ibu yang bekerja, saya tiada masa di siang hari untuk menyuap bayi saya
jadi saya botolkan. ( ini cara saya)

Saya botolkan supaya senang pengasuh untuk memberi makan kepada anak saya
walaupun caranya berlainan dari orang lain, yang pastinya anak saya minum habis.
sekarang dah 3 botol sehari.
Hanya waktu malam sahaja saya suapkan bayi saya dengan susu.
Saya bersyukur kerana anak saya tidak banyak kerenah untuk minum moi dalam botol.
Inilah cara saya memberi pemakanan awal bayi saya, anak sulung dan kedua. cara yang sama.

Tuesday, April 17, 2012
Makanan Awal Bayi
Mungkin ada di kalangan ibu muda di luar sana yang tidak tahu bila dan apa yang perlu di berikan kepada bayi anda sebagai permulaan pemakanan bayi.
Saya percaya kebanyakkannya memikirkan nestum!. sebab nestum senang disediakan dan senang untuk di bawa ke mana mana. Untuk pengetahuan puan puan semua. Saya memang tidak galakkan anak anak saya makan Nestum.
Bagi menggantikan Nestun. saya gunakan air didih sebagai pemakanan awal bayi saya.

sesuatu yang mudah disediakan. Apabila bayi saya berumur 51/2 bulan, saya akan jinak jinakkan perutnya untuk membiasakan dengan air didih.
Saya akan campurkan sedikit air didih ke dalam EBM. dan masukkan ke dalam botol untuk anak saya minum.
persediaan ini perlu untuk perut bayi dapat menerima moi nasi yang bakal di jamahnya bila sudah berusia 6 bulan ke atas.
caranya amat mudah. semasa puan puan masak nasi, bila sudah mendidih, cedukkan air nasi tersebut. pastikan puan puan lebihkan sedikit air sewaktu memamsak nasi.
selamat mencuba..

Monday, April 16, 2012
Apa berlaku bila Bayi Terkejut?
Bagi masyarakat melayu adat membedung anak kecil adalah lumrah.
Bayi di bedung untuk mengelakkan dari terkejut sewaktu tidur.
bila bayi terkejut sewaktu tidur dan terjaga ianya akan mengganggu proses pembesarannya.
perkara ini hanya dititik beratkan sewaktu bayi berumur 3-4 bulan lebih kurang begitulah.
tetapi setelah bayi berusia lebih dari 4 bulan, membedung bayi sudah dihentikan.

Bagaimana anda menentukan sama ada abayi anda terkejut atau tidak jika dia sudah berusia melebihi 6 bulan? Jgn biarkan bayi anda selalu terkejut kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan jantungnya.
Di sini ingin saya berkongsi maklumat yang saya ketahui dari kawan saya yang berbangsa Cina.
Jika bayi anda berada di dalam keadaan terkejut pada satu satu hari, puan puan boleh melihatnya melalui warna najis bayi anda.
Jika najis berwarna kuning adalah perkara biasa. tetapi jika najis anak anda berwana Hijau. Ini menunjukkan anak anda berada dalam keadaan terkejut/takut.
jadi, cuba elakkan dari meng agah agah anak anda utk seketika waktu.
Saya ada melarang suami agah agah anak saya nanti najis berhijau. Tapi suami tak percaya.
Bila anak saya buang air besar saya tunjukkan kepadanya, barulah dia percaya..
jadi kami kurangkan mengagah bayi kami.
Agah agah bayi tu perlu utk melancarkan proses pembesarannya. tapi jgn keeterlaluan ya.

Sunday, April 15, 2012
Bayi Batuk
Nama pun bayi kan.. kalau dia batuk memang kesian & sedih ibu ibu melihat
Memang tak digalakkan pengambilan ubat ubatan untuk bayi
Jika boleh, biarlah sistem imun bayi itu sendiri berfungsi untuk melawan penyakit.

Jika bayi anda batuk dan susah untuk tidur. sebab sekejap sekejap bayi akan terjaga akibat terbatuk. Anda seniri pun tak dapat nak tidur nyenyak jika bayi anda batu.
Caranya mudah saja, Anda ambil minyak masak kemudian sapukan di bahagian leher anak anda.
lakukan berulangkali. Saya tak pasti kebenarannya, tetapi bila saya menyoal kenapa perlu meletakkan minyak masak di leher bayi?
ibu saya menjawab, jika letak minyak tekak bayi tu tak akan menjadi kering, jadi batuk dia akan berkurang lah. Sama ada jawapan ibu itu betul atau salah, tak pasti pulak saya.
Tapi saya memang mngamalkan untuk anak anak saya.
Petua ini juga saya lakukan untuk diri saya dan juga suami.
cubalah... tak salahkan mencuba?

Friday, April 13, 2012
Punggung Bayi Melecet
Sebagai seorang ibu, sudah pasti anda tidak pernah lari dari masalah punggung anak melecet.
kadang kadang tersalah memilih lampin pakai buang pun boleh menyebabkan punggung bayi alergik dan melecet.

kesian kan, bila melihat punggung bayi anda kemerah merahan.
Baiklah, kata guru saya, jika ilmu yg ada tidak di kongsi atau di praktik, tiada gunanya.
mari saya kongsikan bersama anda petua yang ibu tiri saya ajarkan.
biasanya, ibu ibu akan meletakkan tepung ubi. Tapi masih lagi melecet kan...
petua yang saya amalkn begitu mudah.
puan puan ambil saja minyak dan sapukan pada bahagian yang melecet itu.
I'allah 2-3 hari je kesan merah tu akan hilang dan bayi anda akan ceria semula.
kebiasaanya saya akan gunakan minyak Tanak ( minyak dari santan kelapa)
tapi jika tiada puan puan bolehlah menggunakan minyak masak.
selamat mencuba ya...

Subscribe to:
Posts (Atom)