Monday, April 16, 2012

Apa berlaku bila Bayi Terkejut?

Bagi masyarakat melayu adat membedung anak kecil adalah lumrah.
Bayi di bedung untuk mengelakkan dari terkejut sewaktu tidur.
bila bayi terkejut sewaktu tidur dan terjaga ianya akan mengganggu proses pembesarannya.

perkara ini hanya dititik beratkan sewaktu bayi berumur 3-4 bulan lebih kurang begitulah.
tetapi setelah bayi berusia lebih dari 4 bulan, membedung bayi sudah dihentikan.

Bagaimana anda menentukan sama ada abayi anda terkejut atau tidak jika dia sudah berusia melebihi 6 bulan? Jgn biarkan bayi anda selalu terkejut kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan jantungnya.

Di sini ingin saya berkongsi maklumat yang saya ketahui dari kawan saya yang berbangsa Cina.
Jika bayi anda berada di dalam keadaan terkejut pada satu satu hari, puan puan boleh melihatnya melalui warna najis bayi anda.

Jika najis berwarna kuning adalah perkara biasa. tetapi jika najis anak anda berwana Hijau. Ini menunjukkan anak anda berada dalam keadaan terkejut/takut.
jadi, cuba elakkan dari meng agah agah anak anda utk seketika waktu.

Saya ada melarang suami agah agah anak saya nanti najis berhijau. Tapi suami tak percaya.
Bila anak saya buang air besar saya tunjukkan kepadanya, barulah dia percaya..
jadi kami kurangkan mengagah bayi kami.

Agah agah bayi tu perlu utk melancarkan proses pembesarannya. tapi jgn keeterlaluan ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...