Monday, April 16, 2012

Perlukah EBM kepada suri rumah?

Saya bukanlah seoarng suri rumah sepenuh masa
tapi... bagi saya adalah perlu seorang suri rumah untuk pump susu dan simpan
maklumlahkan zaman sekarang, suri rumah pun bergerak lincah


kekadang kena jugak hantar anak ke sekolah, pergi pasar & shopping.
Jikalau saya, waktu saya bershopping saya tak suka bawa anak kecil bersama
sebab rasa kurang selesa.

Kekadang bila saya balik kampung, mertua saya selalu ckp, " sulamkan anak tu dengan susu tepung, nanti senang kalau nak kemana mana". Saya faham keinginan mertua tu. tapi saya bersyukur kerana saya mempunyai stock susu yang banyak untuk si kecil saya.

Jika hendak ke mana mana, tak perlu susah hati.

Sekiranya puan puan seorang suri rumah sepenuh masa, rasanya perlu jugak di pump susu untuk stok. Ianya boleh digunakan bila puan puan berenggang dari si kecil untuk sementara waktu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...