Wednesday, April 11, 2012

Kelebihan Susu Ibu kepada Bayi

(gambar hiasan )

Seperti yang diketahui umum. Menyusukan bayi dapat mengecutkan rahim ibu yang menyusukan. Walaupun telah diketahui tetapi masih ada ibu ibu yang tidak mengambil pelaung ini dengan sebaik mungkin.

Di sini saya senaraikan beberapa kelibihan menyusukan bayi:-

Penyusuan ibu dapat mngelak bayi kembung perut. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

04.Mencegah dari penyakit rabun malam.

05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06.Menggelakkan penyakit taun.

07.Menggelakkan jangkitan telinga.

08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.


Mari kita renungi bersama sama:-

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.

Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).

Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan

1 comment:

  1. terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...